Latest Post


Jikalau anda ingin mengetahui kedudukan perjuangan RSNB, anda boleh membuat ramalan melalui gambar ini. 

Adakah RSNB masih berada di Fasa 1? Fasa 2? Fasa 3? Ideologi RSNB bukan sahaja memfokuskan kepada rakyat umum tetapi juga memfokuskan kepada kepimpinan parti-parti politik dan juga pemimpin-pemimpin yang berada didalam Kerajaan.

Jikalau RSNB mampu menyakinkan kepimpinan atasan yang telah membentuk Kerajaan pada masa kini ataupun pemimpin-pemimpin yang berada di barisan pembangkang, tidakkah ini telah membawa maksud bahawa perjuangan RSNB hanya tinggal selangkah lagi?

Bukankah strategi penyebaran Kesedaran seperti ini lagi bijak dan menjimatkan masa?

Proses kematangan kefahaman ini memerlukan masa. Pemimpin-pemimpin yang memperlihatkan kefahaman 'pro malaya' akan diturunkan pada PRU/PRN akan datang untuk digantikan kepada pemimpin-pemimpin yang Pro Sabahan.

Kejayaan kita mencapai Kemerdekaan sebenarnya bergantung sepenuhnya kepada 'Ketegasan dan Kesungguhan' kita semua. 

malaya tidak akan mampu menahan kebangkitan dan keinginan rakyat untuk Memerdekakan Negara. 

malaya sendiri telah membuktikan kebenaran kata-kata ini melalui usaha mereka memerdekakan tanah melayu daripada cengkaman penjajahan British.

Strategi yang digunakan adalah sama. 

Kita melakukan mengikut saluran perundangan yang sah secara aman, matang dan bertanggungjawab. 

Atas tuduhan apakah yang mampu mereka lemparkan kepada parti-parti politik yang memperjuangkan Kemerdekaan Negara jikalau desakan itu sendiri datangnya daripada Rakyat yang Berjiwa Merdeka dan Berdaualat ini?

Kita tidak membenci bangsa Malaya tetapi kita BENCI dan MENGECAM SEPENUHNYA PENGUASAAN POLITIK mereka dalam aspek POLITIK, EKONOMI dan SOSIAL yang telah membawa pengertian jelas, PENJAJAHAN. 

Ia dikuatkan lagi melalui penemuan bukti-bukti perjanjian malaysia yang jelasnya tidak sah dan terbatal kerana ia dilakukan secara tidak sah sejak daripada awalnya lagi.

Ada persoalan?

Mari kita berbincang secara terbuka.

Sebarkan mesej ini.

Pihak RSNB berasa hairan tentang bagaimana corak pemikiran sesetengah orang kita, Sabahan.

Mereka mengatakan ‘teruskan bermimpi’, ‘angan-angan’, ‘temberang’ dan sewaktu dengannya.

Ini penjelasan pihak kami...


Ketamadunan sesebuah Bangsa dan Negara tidak akan berkembang jikalau ‘mimpi’ dan ‘angan-angan’ itu tidak wujud dikalangan pemimpin-pemimpin mereka.

Penjajahan dan Kemerdekaan itu tidak akan berlaku jikalau penjajah tidak memiliki ‘mimpi’ dan ‘angan-angan’ untuk menakluki sesebuah negara asing untuk kepentingan negaranya, dan Negara yang terjajah tidak akan pernah Merdeka daripada penjajahan jikalau mereka tidak memiliki ‘mimpi’ dan ‘angan-angan’ untuk memerdekakan Negara mereka daripada terus dieksploitasi oleh penjajah.

Tidak akan ada mana-mana manusia akan mampu menjadi Peguam, Doktor, Jurutera, Guru, Saintis dan seterusnya jikalau mereka ini tidak memiliki ‘mimpi’ dan ‘angan-angan’ untuk menjadi seperti yang diinginkan.

Tidak akan ada pertambahan manusia di dunia ini jikalau pihak lelaki dan perempuan tidak ‘bermimpi’ dan ‘berangan-angan’ untuk bersatu dibawah ikatan kasih yang akan meneruskan kelangsungan cinta mereka yang akhirnya menghasilkan nafas baru iaitu anda semua.

Ini kerana ‘mimpi’ dan ‘angan-angan’ yang anda persendakan itu sebenarnya merupakan asas kepada sesuatu perkara sebelum ia menjadi realiti.

Ini kerana apabila asas itu disertai oleh usaha, perancangan, strategi, segala ‘mimpi’ dan ‘angan-angan’ sudah 50% bakal menjadi realiti.

Demikian juga perjuangan Kemerdekaan Negara Sabah yang akan membentuk Negara Republik Sabah Borneo Utara / Republic of Sabah North Borneo.

Jikalau tiada usaha dilakukan, ia pasti tidak akan menjadi realiti sebaliknya jikalau usaha sedang digiatkan, nescaya sinar harapan itu sudah dapat dirasai dan kelihatan seperti mana sesetengah daripada anda sudah merasai dan melihatnya.

Jikalau dilain hari orang bertanya, bagaimanakah Negara Republik Sabah Borneo Utara boleh muncul di Peta Asia Tenggara dan Dunia?

Katakan kepada mereka... 

Semuanya bermula daripada hanya sebuah ‘mimpi’ dan ‘angan-angan’.


Republic of Sabah North Borneo - RSNB


KESAHAN PERJANJIAN (Validity of Treaties)

KEPERLUAN PENTING UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA (Essential Requirements of International Law)

Sesuatu perjanjian adalah TERBATAL & TIDAK SAH dari awal jika ia gagal mematuhi keperluan undang-undang yang ditetapkan (dikodkan oleh Konvensyen Vienna mengenai Undang-undang Perjanjian 1969):

Pihak yang berkontrak mesti mempunyai KAPASITI UNDANG-UNDANG untuk memasuki Perjanjian Antarabangsa (International Agreement) atau Perjanjian (Treaty).

PERSETUJUAN mesti diberikan dengan betul kepada Perjanjian (Agreement).

OBJEK perjanjian mesti dibenarkan.

PERATURAN KAPASITI UNDANG-UNDANG: Undang-undang antarabangsa mengiktiraf bahawa hanya negara berdaulat bebas (& organisasi antarabangsa tertentu) mempunyai kapasiti untuk memasuki perjanjian (treaty) atau perjanjian antarabangsa ((international agreement)) yang disimpulkan (disahkan oleh ICJ dalam Kes Chagos 2019). Penciptaan Perjanjian Malaysia 1963 di UK adalah cacat kerana kegagalannya untuk mematuhi semua peraturan asas untuk membuat perjanjian yang sah.

Prinsip kapasiti ini amat membimbangkan pegawai pentadbiran kolonial British Borneo Utara (Sabah) & Sarawak dalam pembikinan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Ini kerana mereka tahu bahawa 2 jajahan  (& Singapura) bukanlah negara yang merdeka dan TIDAK MEMPUNYAI KAPASITI atau KECEKAPAN untuk memasuki Perjanjian dengan UK dan Malaya pada tahun 1963.

Peguam Negara kolonial Sarawak Encik PEH Pike menulis sebelum ini MA63 bahawa Borneo Utara atau Sarawak tidak boleh menjadi pihak kepada MA63 dan harus dikecualikan daripada perjanjian itu. Bagaimanapun, beliau berkata atas sebab "persembahan/lakonan", mereka harus disertakan. Oleh itu, UK dengan sengaja melanggar undang-undang antarabangsa untuk mewujudkan perjanjian haram (illegal treaty).

PERSETUJUAN tidak diberikan dengan sewajarnya kepada 2 jajahan kerana tidak ada pematuhan yang sewajarnya terhadap kehendak rakyat dan tidak ada mandat yang diberikan secara bebas dalam referendum untuk memasuki MA63 UN GAR1541 XV. Ini digariskan oleh fakta bahawa Peguam Negara kolonial masing-masing turut menandatangani perjanjian tersebut.

UK dan Malaya telah secara salah mengenakan perjanjian ke atas rakyat dengan OBJEK untuk memindahkan kedaulatan mereka ke Tanah Melayu yang melanggar peraturan PBB (UN GAR 1514 XV) terhadap campur tangan asing dalam proses kemerdekaan mereka dan sebelum MA63, mereka secara rahsia berpakat untuk menafikan kemerdekaan kepada tanah jajahan dengan bersetuju untuk ‘menubuhkan Malaysia’ atau dalam erti kata lain meluaskan kuasa politik malaya sehingga ke Tanah Borneo.

Sumber: Why MA63 Was Void Ib Initio


None of the British-inspired federations in the West Indies, Africa and elsewhere remain today.

The exception: The Federated Malay States and the Unfederated Malay States that formed the nucleus in 1948 of the Federation of Malaya that in 1963 gave birth to Malaysia.

The Malayan federal arrangements succeeded because we were united by race and culture.

The Federation of Malaysia was a hatchet job to allow Britain to withdraw with dignity from their colonial responsibility.

The “independence” conferred with indecent haste on their neglected colonies in Borneo was an “enabling act” conditional upon these colonies joining as members of the existing Federation of Malaysia.

It was not the kind of independence as normally understood.

Honestly, Peninsular Malays have nothing much in common with Borneo.

Many in Sabah and Sarawak claim KL treats them as if they were colonies. Let the decolonisation process begin. If that’s the way they feel, KL has no moral right to keep them in shackles. Let them go with our blessings and we concentrate on our little Malay Peninsula. Go back to basics.

Better to anticipate and be prepared rather than be caught by surprise.

*******************************************************************

I was talking about British inspired federations. Look at East and West Pakistan that the British cobbled together to form the new nation of Pakistan. East and West Malaysia are quite similar in certain respects.


West and East Pakistan

West and East 'Malaysia'

My post is merely to draw attention to the need not to take our federation for granted. To make it work, we have to work at it. On a personal level, it’s not unlike a marriage.

Both parties must work at it to ensure success. There will always be hiccups but if one party persists in threatening separation at the first hint of a disagreement, it is not helpful in the least.

It could be self-fulfilling if not discouraged.

My point is that if it is really the wish of the overwhelming majority who want to opt out, subject to certain conditions for the sake of good order, their wishes must be respected.

I know where the agitation is coming from and I hope the people are aware of the presence of these elements in their midst. Thanks for your helpful comments.

Source: Tunku Aziz


Kepada semua ahli-ahli politik Negara Sabah yang terdiri daripada pelbagai ideologi politik daripada parti-parti tempatan mahupun parti-parti malaya, ambilah peluang ini untuk memberikan tekanan politik kepada kerajaan persekutuan untuk memberikan yang terbaik untuk Negara Sabah.

Ini kerana perjuangan RSNB ini mempunyai asas yang kukuh dan sah untuk disokong dan diperjuangkan oleh Bangsa kita, Bangsa Negara Sabah yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang hidup dengan harmoni selari dengan kebudayaan yang telah menjadi pegangan kita sejak turun-temurun.

Tidak ada sebab untuk anda menentang perjuangan RSNB yang ingin mendaulatkan dan mengagungkan Maruah dan Darjat Bangsa Negara Sabah yang selama ini terhina oleh penjajahan malaya atas nama malaysia melalui perjanjian malaysia yang tidak sah dan terbatal.

Segala dokumen kolonial sudah membuktikan secara hitam putih tentang perancangan licik mereka yang menghalalkan segala penipuan dan muslihat untuk mencapai objektif mereka untuk menjajah kita melalui bentuk penjajahan zaman moden tetapi menghancurkan masa depan Bangsa kita yang inginkan kehidupan yang lebih baik untuk generasi kita.

Penentangan anda secara terbuka ataupun tertutup terhadap RSNB hanya akan membuatkan anda dan organisasi parti anda dilihat sebagai pro malaya, pro penjajahan dan kumpulan pengkhianat ataupun yang lebih tepat lagi adalah barua malaya.  

Pihak RSNB tidak menghalang anda untuk bekerjasama dengan malaya untuk melakukan yang terbaik untuk Negara kita kerana diakhir nanti, apabila segala usaha yang dilakukan tidak setimpal dengan apa yang telah mereka lakukan terhadap kita untuk lebih daripada 50 tahun, maka parti anda akan menjadi perwakilan untuk menoktahkan hubungan ini secara baik, mengikut saluran perundangan dan menjadi parti yang akan mendeklarasikan laungan Kemerdekaan di Padang Merdeka Kota Kinabalu nanti.

Kita tidak inginkan sebarang huru-hara mahupun keganasan yang tidak memberikan manfaat kepada kita semua. Tidak ada maknanya untuk mencapai kemerdekaan jikalau rakyat tidak bersedia untuk menerimanya. 

Kesedian untuk menerima kemerdekaan itu akan anda ketahui dalam tempoh 10 tahun daripada sekarang. Oleh itu, berikan ruang kepada RSNB untuk menyebarkan kesedaran secara aman demi kepentingan kita bersama.

Anda tidak boleh memberikan sokongan secara terbuka kepada perjuangan RSNB tidak mengapa tetapi jangan menghalang ahli-ahli anda untuk menyokongnya sama ada secara terbuka mahupun tertutup. 

Ini kerana ahli-ahli anda mungkin secara majoritinya memihak kepada perjuangan RSNB yang secara langsung akan memberikan anda mandat penuh untuk menyahut seruan ini, seruan Kemerdekaan.

Pihak kami harap bahawa mesej ini jelas sampai kepada pucuk kepimpinan organisasi parti anda untuk diberikan pertimbangan yang berat dan serius. 

Anda perlu sedar bahawa lanskap politik Negara kita sudah berubah sepenuhnya. Anda gagal untuk mengadaptasi keperluan perubahan ini, maka parti anda akan dikuburkan secara baik oleh generasi-generasi muda Negara Sabah.

Jikalau wujud sebarang pertanyaan ataupun persoalan daripada pihak anda, jangan segan-silu untuk menghubungi pihak kami melalui inbox page ini ataupun email ini hubungi@rsnborneo.com.

Terima kasih.


Republic of Sabah North Borneo - RSNB

On July 9, 1963, the governments of the Federation of Malaya, the United Kingdom, Sarawak, North Borneo and Singapore signed the Malaysia Agreement that brought Singapore, Sabah and Sarawak into the federation.

The federal parliament then passed the Malaysia Act to amend the federal constitution to include the three new states and to provide for matters in connection with the admission.

On Sept 10 , six days before Malaysia was to be declared, the government of Kelantan began an action against the federal government for declarations that the Malaysia Agreement and the Malaysia Act were null and void or were not binding on the state.

In the case of The Government of the State of Kelantan v The Government of the Federation of Malaya and Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ("the Kelantan case"), Kelantan argued that:
  • The Malaysia Act would violate the Federation of Malaya agreement 1957 by abolishing the "Federation of Malaya".
  • The proposed changes needed the consent of each of the constituent states including Kelantan, and this had not been obtained.
  • The Sultan of Kelantan should have been made a party to the Malaysia Agreement.
  • Constitutional convention dictated that consultation with rulers of individual states was required before substantial changes could be made to the constitution.
  • The federal parliament had no power to legislate for Kelantan in matters that the state could legislate for on its own.
Chief justice James Thomson delivered his decision 30 hours before Malaysia was to be declared, saying: "Never, I think, has a judge had to pronounce on an issue of such magnitude on so little notice and with so little time for consideration."

He added that "a clearer expression of opinion than would be customary is clearly required in a matter which relates to the interests of political stability in this part of Asia and the interests of 10 million people, about half a million of them being inhabitants of the state of Kelantan".

Thomson responded to the five different arguments forwarded by the Kelantan government by framing the issues into one general question of "whether parliament or the executive government has trespassed in any way the limits placed on their powers by the constitution".

In this way, he bypassed addressing some fundamental questions relating to the supremacy of the constitution raised by the Kelantan government. Nevertheless, he still managed to make several important constitutional pronouncements. The court said that;

  • even if Kelantan was a sovereign state prior to the 1957 Federation of Malaya Agreement, the effect of that agreement was that a large proportion of the powers that make up sovereignty passed from the Kelantan government to that of the federation.
  • These powers are thus limited to and subject to the 1957 Federal Constitution that formed part of the agreement. The court also found that the Malaysia Act in amending the constitution to admit the new states and changing the name to "Malaysia" did not contravene the requirements of the constitution, which were found to be liberal in such matters.
  • And if the steps that had been taken were in all respects lawful, the nature of the results they had produced could not make them unlawful.
  • What is now known as the "basic structure doctrine" stipulates that a constitutional amendment can be declared by the courts to be invalid on the grounds that it destroys the basic structure of the constitution.
  • The courts, therefore, must play a vital role in ensuring that the basic structure is not dismantled. It is within their function to interpret the constitution and determine what the basic features are.
With respect, the court in the Kelantan case missed the opportunity to make a pronouncement on this. There was certainly merit in the argument that theinclusion of the three new states with their different status and privileges as compared with the original 11 states created a fundamental change to the structure of the federation, at least in the eyes of Kelantan and the 10 other original members.

The Kelantan case, besides being a political challenge to the fundamental principle of equality found in the 1957 agreement, manifested into a legal pronouncement of the state of constitutionalism in the new federation.

It revealed that Kelantan and the other original states were placed together in a class of component states distinct and of a different status from the other three new states. This was the basis of the new federation.

The Kelantan government also, through this challenge, succeeded in opening a door upon a new sphere of constitutional interpretation. The chief justice gave approval to the possibility of there being implied limitations in the power of constitutional amendments.

Although subsequent judicial decisions in Malaysia did not show approval for this doctrine, they did not completely close the door that was opened by the Kelantan case. The future of constitutionalism and the supremacy of the constitution rest significantly on the continuous deliberation of the basic structure doctrine by our courts.

The Kelantan challenge was thus a significant chapter in Malaysian constitutional history. It resulted in establishing the constitutional relations between the component states of the federation, defining the path along which federalism in Malaysia will go.

In particular, this episode appears to have been a precursor of things to come for the constitutional and political relations between Kelantan and the federal government.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.