Articles by "Messages"

Showing posts with label Messages. Show all posts


Apabila kita menelusuri kembali sejarah ‘pembentukan malaysia’ pada tahun 1963, naratif ataupun penceritaan yang sering didengari adalah bahawa kononnya ‘penyatuan antara malaya, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura’ merupakan satu tindakan sah hasil daripada persetujuan semua pihak. Namun, apabila diselidiki dengan lebih mendalam dan terperinci, kebenaran yang menyakitkan muncul: perjanjian malaysia 1963 (ma63) tidak pernah sah, bercanggah dengan undang-undang antarabangsa, dan berpaksikan kepada penilaian yang telah dimanipulasi — bukan daripada persetujuan rakyat secara sah.

Asas kepada proses yang cacat ini adalah Suruhanjaya Cobbold, yang sebenarnya bukanlah satu referendum, dan tidak boleh sama sekali dijadikan bukti persetujuan demokrasi Rakyat Bangsa Negara Sabah dan Rakyat Bangsa Negara Sarawak.

Suruhanjaya Cobbold Merupakan Satu Penilaian dan Bukan Referendum

Ramai rakyat malaysia tersalah faham dan disesatkan oleh naratif buatan dan percaya bahawa Suruhanjaya Cobbold adalah satu bentuk referendum rakyat. Ini adalah salah sama sekali tidak benar.

Suruhanjaya Cobbold bukan referendum. Ia hanyalah satu suruhanjaya lantikan British yang bertujuan untuk menilai pendapat umum mengenai cadangan ‘pembentukan persekutuan malaysia’. Peranannya hanyalah bersifat nasihat, dan tidak mempunyai sebarang kesan undang-undang.

  • Tiada undi dijalankan.
  • Tiada sistem rahsia undi.
  • Tiada penglibatan semua rakyat secara menyeluruh.
  • Tiada pemantau antarabangsa hadir.
  • Keputusan tidak diiktiraf sebagai asas sah untuk menentukan masa depan politik.

Hanya 4,000 orang Sahaja yang dipilih daripada populasi  seramai lebih 1 juta di Negara Sabah dan Negara Sarawak. Mereka ini bukanlah mewakili rakyat secara adil — kebanyakannya terdiri daripada ketua masyarakat, pemimpin elit tempatan dan penyokong kuat cadangan malaysia.

Proses ini bukan satu referendum. Tiada satu pun piawaian referendum yang diiktiraf oleh undang-undang antarabangsa dipenuhi. Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Resolusi 1541 (XV) dan beberapa pendapat ICJ telah menetapkan bahawa penentuan nasib sendiri mestilah dilakukan melalui pengundian secara bebas dan sah, yang tidak pernah berlaku di Sabah dan Sarawak.

Analisis Statistik Membuktikan Fakta Tidak Menipu

Daripada 4,000 orang yang dinilai oleh Suruhanjaya Cobbold:

  • 1/3 (anggaran 1,333 orang) menyokong cadangan Malaysia, namun tidak memahami sepenuhnya apakah erti sebenar Malaysia.
  • 1/3 (anggaran 1,333 orang)  menyokong secara bersyarat.
  • 1/3 (anggaran 1,333 orang) menentang keras pembentukan Malaysia.

Ini bermaksud, hanya 1,333 orang sahaja, iaitu sekadar 0.13% daripada 1 juta penduduk, menyatakan sokongan secara terbuka tanpa syarat. Sebaliknya, rekod sejarah menunjukkan lebih 100,000 Rakyat Bangsa Negara Sabah dan Rakyat Bangsa Negara Sarawak — sekurang-kurangnya 10% — membantah ‘penyertaan dalam malaysia’ melalui petisyen dan bantahan rasmi. Suara-suara ini langsung tidak diendahkan dalam laporan rasmi.

Tidak Sah dari Awal Dapat Dibuktikan Melalui Analisis Undang-Undang ke Atas MA63

Perjanjian Malaysia 1963 ditandatangani oleh:

  • Kerajaan United Kingdom (bagi pihak tanah jajahannya),
  • Persekutuan Tanah Melayu,
  • serta pihak daripada Borneo Utara, Sarawak dan Singapura — yang ketika itu bukan entiti berdaulat yang boleh melakukan perjanjian antarabangsa.

Ini adalah kecacatan utama dalam perjanjian antarabangsa.

Menurut Konvensyen Vienna Mengenai Undang-Undang Perjanjian (1969), sesuatu perjanjian hanya sah apabila ditandatangani oleh entiti yang berdaulat secara sah. Pada tahun 1963, Borneo Utara dan Sarawak masih merupakan tanah jajahan yang belum merdeka sepenuhnya, dan berada di bawah seliaan Jawatankuasa Dekolonisasi PBB (Committee of 24).

Justeru itu, mana-mana perjanjian yang ditandatangani tanpa kemerdekaan penuh dan tanpa mandat daripada rakyat adalah batal dan tidak sah dari awal (void ab initio).

 Penjenamaan Semula Penjajahan Merupakan Strategi malaysia Sebagai Jalan Pintas Politik

‘Pembentukan malaysia’ bukanlah hasil penentuan nasib sendiri rakyat — ia adalah strategi penjajahan semula oleh kuasa British dan malaya. Dengan kemerdekaan semakin menular selepas Perang Dunia Kedua, Britain mencari jalan untuk menyerahkan tanah jajahannya kepada Persekutuan Tanah Melayu dengan cepat dan mudah — lalu terhasillah idea malaysia.

Suruhanjaya Cobbold hanyalah alat untuk memberi 'legitimasi' palsu terhadap perancangan tersebut.

Apabila tiada referendum dijalankan, apabila suara penentangan rakyat diabaikan, dan apabila perjanjian dimeterai oleh pihak yang tiada kedaulatan, maka ‘pembentukan malaysia’ adalah satu tindakan tidak sah dan tidak bermoral di bawah undang-undang antarabangsa.

Mereka Yang Menyuarakan Kebenaran Kini Dikenakan Tindakan

Hari ini, mereka yang mendedahkan kebenaran ini diancam dan didakwa. Contoh sebelum ini ialah Doris Jones dibawah Gerakan Sabah Sarawak Keluar Malaysia – SSKM yang telah bergerak dibawah platform NGO berdaftar iaitu Sabah Sarawak Union di UK, Robert Pei dibawah NGO Sabah Sarawak Rights Australia & New Zealand - SSRANZ dan terbaru ialah kes Mosses P.A. Ampang dibawah NGO Republic of Sabah North Borneo - RSNB, yang dikenakan dakwaan di bawah Akta Hasutan 1948 hanya kerana menurunkan bendera malaysia dan menaikkan bendera Kebangsaan Negara Sabah sebagai simbol penolakan penjajahan malaya yang kini dunia mengenali mereka dengan nama malaysia sejak 16 September 1963. Ini membuktikan bahawa kerajaan malaysia ternyata sedang berusaha menindas suara kebenaran dengan menggunakan undang-undang lapuk daripada Kerajaan British.

Jika MA63 sah, kenapa perlu takut kepada kebenaran? Kenapa perlu menangkap mereka yang mempersoalkannya?

Jawapannya mudah kepada persoalan ini sangat mudah iaitu Kerana Asas Malaysia sebenarnya tidak kukuh dan sangat lemah. Ianya rapuh dan dibina atas operandi penipuan, ancaman dan pengkhianatan.

Kesimpulan Yang Mampu Dilakukan Ialah Kembalikan Apa Yang Tidak Pernah Diserahkan Secara Bebas

Negara Sabah dan Negara Sarawak tidak pernah ‘menyertai malaysia’ secara sah dan bebas. Penyertaan itu berlaku melalui manipulasi, ugutan, ancaman dan pembohongan. Suruhanjaya Cobbold tidak mewakili suara rakyat. ma63 tidak ditandatangani oleh negara yang berdaulat. Rakyat tidak diberi peluang memilih secara bebas melalui referendum.

Kini, masanya telah tiba untuk kita menebus kesilapan sejarah ini. perjanjian malaysia 1963 adalah tidak sah, batal dan mesti ditolak sepenuhnya.

Kita mesti kembalikan hak menentukan masa depan kita sendiri. Kita mesti bergerak secara sah, aman dan demokratik untuk menuntut kembali Kedaulatan Republik Sabah Borneo Utara.

Sejarah tidak akan sesekali memaafkan mereka yang berdiam diri.

Tetapi sejarah akan menyebelahi mereka yang berkata benar.

Kerana kebenaran itu jelas: Kita tidak pernah menjadi sebahagian daripada malaysia yang sah. Masanya telah tiba untuk kita berdiri sendiri sebagai negara yang merdeka.

 


When we look back at the formation of Malaysia in 1963, the dominant narrative suggests that the union between Malaya, North Borneo (Sabah), Sarawak, and Singapore was a legitimate act of self-determination. But a deeper analysis reveals a disturbing truth: the Malaysia Agreement 1963 (MA63) lacked democratic legitimacy, violated international law, and was based on manipulated assessments — not genuine consent.

At the heart of this flawed process was the Cobbold Commission, which, contrary to popular belief, was not a referendum and cannot be used as evidence of democratic will.

Cobbold Commission Was An Assessment, Not a Referendum

Many Malaysians have been misled to believe that the Cobbold Commission represented the democratic voice of the people of North Borneo and Sarawak. This is entirely false.

The Cobbold Commission was not a referendum. It was a British-appointed fact-finding mission, tasked to assess public opinion about the proposed Federation of Malaysia. Its role was advisory, not legally binding.

  • No ballots were cast.
  • No secret votes were taken.
  • No universal adult suffrage was applied.
  • No international observers were present.
  • The findings had no legal weight under international law.

Instead, the Commission selected only 4,000 individuals to represent the views of more than one million inhabitants in both territories. These individuals were not randomly chosen nor proportionally representative — many were handpicked community leaders, local elites, and pro-Malaysia voices.

This so-called assessment — based on interviews and memorandums — cannot and must not be mistaken as a referendum, which under international law requires free and fair voting by the people to determine their political future. The United Nations Charter, General Assembly Resolution 1541 (XV), and numerous ICJ advisory opinions all confirm that genuine decolonization requires a direct expression of the will of the people through referendum or similar democratic process. That standard was never met in Sabah and Sarawak.

Statistical Breakdown and The Numbers Don't Lie

Of the 4,000 individuals assessed by the Cobbold Commission:

  • 1/3 supported Malaysia, but many of them did so without truly understanding what "Malaysia" was.
  • 1/3 supported the proposal conditionally — subject to safeguards and assurances.
  • 1/3 rejected the proposal outright.

That means only about 1,333 individuals supported Malaysia without conditions — a mere 0.13% of the 1 million people in Sabah and Sarawak.

By contrast, historical records show that over 100,000 people from these territories — at least 10% of the total population — actively opposed Malaysia's formation through petitions, letters, and organized resistance. These voices were ignored, dismissed, or omitted from official reports.

Void from the Start: A Legal Analysis of MA63

The Malaysia Agreement 1963 was signed by:

  • The United Kingdom (on behalf of its colonies),
  • The Federation of Malaya,
  • and the non-sovereign territories of North Borneo, Sarawak, and Singapore, whose representatives had no independent treaty-making capacity.

This is a fatal flaw under international treaty law.

According to the Vienna Convention on the Law of Treaties (1969), a treaty is only valid between sovereign entities with lawful authority. Neither North Borneo nor Sarawak were sovereign states at the time. They were still classified as non-self-governing colonies under the supervision of the United Nations Decolonization Committee (Committee of 24).

Therefore, any agreement signed on their behalf without first granting full independence was inherently invalid. A colony cannot consent to give away its sovereignty — especially when its people were never given a referendum to decide.

Colonial Rebranding Malaysia as a Political Shortcut

The creation of Malaysia was not an act of self-determination — it was a political shortcut engineered by Britain and Malaya. With the winds of decolonization blowing after World War II, Britain sought to consolidate its strategic interests in Southeast Asia by merging its Borneo colonies with the already-independent Malaya.

The Cobbold Commission served as a rubber stamp, giving a thin veil of legitimacy to what was essentially a colonial handover dressed up as federation.

By bypassing the referendum process, by silencing mass opposition, and by using a manipulated advisory report as a foundation, Malaysia was formed without lawful democratic consent — rendering the MA63 a null and void agreement.

A Pattern of Suppression

Today, those who dare to speak the truth about this deception face intimidation and criminal charges. The recent case of Mosses P.A. Ampang, charged under the Sedition Act 1948 merely for lowering the Malaysian flag and raising the Sabah national flag as a symbolic act of reclaiming sovereignty, proves that Malaysia continues to use oppressive laws to silence dissent.

If MA63 were truly valid, there would be no need to arrest, threaten, or silence those who challenge it. The facts would speak for themselves. But the foundation of Malaysia cannot withstand scrutiny — and that’s why it must be defended with force instead of law.

Reclaiming What Was Never Freely Given

Sabah and Sarawak were never truly part of Malaysia through free will. They were annexed by manipulation, and the Cobbold Commission — far from proving consent — actually reveals how little support there was for the federation.

We must correct the historical lie, restore the dignity of our people, and reclaim the sovereignty that was never lawfully surrendered.

The Malaysia Agreement 1963 was void, invalid, and must be rejected.
The path forward lies in legal resistance, peaceful assertion of self-determination, and international recognition of our right to exist as independent nations.

History will not forgive silence — it will reward truth.
And the truth is clear: We were never truly part of Malaysia. It’s time to go our own way.

 

 


Tahukah berapa jumlah penilaian suara itu dilakukan oleh Cobbold Commission?

4000 sahaja untuk kedua-dua Negara.

Cobbold mengandaikan atau mengambarkan sokongan dalam bentuk pecahan bagi memperlihatkan sokongan tersebut.

1/3 daripada 4000 menyokong tanpa memahami apa sebenarnya Malaysia itu.

1/3 daripada 4000 bersyarat.

1/3 daripada 4000 menentang.

Jumlah kedua-dua Negara adalah lebih kurang 1 juta lebih.

Untuk memudahkan pengiraan, genapkan angka tersebut kepada 1 juta.

Daripada 1 juta penduduk Negara Sabah dan Negara Sarawak, hanya 4000 suara sahaja yang dinilai.

Manakala berdasarkan kepada rekod, lebih 100 ribu rakyat menentang.Menyokong adalah ((1/3 x 4000)/ 1,000,000)x 100 = 0.13%

Rekod sejarah merekodkan lebih 100,000 rakyat membantah (North Borneo dan Sarawak) membantah yang merangkumi 10% daripada jumlah populasi tersebut.

Bagaimana 0.13% dijadikan asas untuk menyokong idea malaysia pada tahun 1963???

Inilah yang dikatakan oleh British iaitu malaysia merupakan Operasi Neo-Kolonialis. Melalui data ini, Memerdekakan Negara Sabah untuk membentuk Negara Republic of Sabah North Borneo / Negara Republik Sabah Borneo Utara bukan satu pilihan tetapi satu TANGGUNGJAWAB!

Berikan sokongan anda kepada Gerakan Kemerdekaan yang akan mengangkat martabat Bangsa dan Negara ke peringkat Asia dan Dunia!

Tempoh persediaan untuk Memerdekakan Negara diberikan dalam masa 7-10 tahun. Lakukan ini bukan untuk diri tetapi untuk anak cucu-cicit keturunan Generasi kita semua.Mari kita semua mewariskan legasi kita, legasi sebagai Pejuang Kebangsaan dan Pengasas Bangsa Republik, yang akan memberikan sebuah Negara yang Merdeka dan Berdaulat kepada mereka, Generasi masa depan kita.Bersama-sama kita noktahkan, titikkan penjajahan malaya yang dilakukan atas nama malaysia untuk sekali dan selamanya.

Pihak kami yakin akan kemampuan Bangsa Negara Sabah, yang telah matang dan bertemadun setelah melalui pengkhianatan, penindasan, diskriminasi, penipuan dan ancaman selama 60 tahun dibawah Jajahan malaya/malaysia.

MERDEKA!!!


Mosses PA Ampang


Kebangkitan rakyat negara Sabah dan negara Sarawak ini bukan untuk menghancurkan negara kita tetapi membebaskan maruah bangsa yang diikat dengan rantai penjajahan selama 56 tahun dahulu sejak tahun 1963 sehingga sekarang.

Kita tidak memusuhi orang-orang malaya tetapi kita memusuhi kuasa penjajahan mereka yang dikenakan keatas bangsa negara kita.

Kita TIDAK perlukan pemimpin yang pro malaya, tetapi kita perlukan pemimpin yang Pro Sabahan dan Pro Sarawakian!

Menyokong pemimpin yang pro malaya atau barua malaya hanya akan membantu mereka untuk terus kaya raya sehingga ke cucu-cicit.

Mereka sanggup mengenepikan maruah dan kepentingan bangsa. Maka, untuk atas sebab apa lagi orang-orang seperti ini perlu dipilih, disokong, dijulang untuk mewakili suara Sabahan dan Sarawakian?

TIDAK!

Atas sebab itu juga mereka-mereka yang masih bertuankan ideologi ketuanan malaya, yang berpegang kepada mentaliti untuk terus bergantung kepada kepimpinan malaya perlu disingkirkan daripada dunia politik Borneo.

Memberikan sokongan kepada ideologi malaya untuk terus bertapak di Borneo ini membawa maksud bahawa kita mahu kuasa politik malaya untuk terus bermahajalela, dan ini juga membawa maksud bahawa kita membenarkan kuasa politik luar @ asing mentadbir kehidupan kita.

Kita yang ada disini dapat merasai bagaimana sengsara secara mental, psikologi, sosial, ekonomi dan politik dibawah penguasaan mereka ini.

Mari kita letakkan penamat keatas segala kesengsaraan itu. 

Noktah!


Mosses PA Ampang


Kepada semua Sabahan...

Berikan sokongan padu anda kepada perjuangan Kemerdekaan Negara Sabah ini. Melalui Kemerdekaan ini nanti, barulah kita dapat menumpukan pembangunan secara menyeluruh.

Pihak kami sedar bahawa untuk membangunkan sebuah negara baru selepas merdeka bukanlah satu perkara yang mudah tetapi percayalah bahawa ia tidaklah sesukar seperti yang anda khuatiri.Pembangunan kita dapat dirancakkan dengan memperolehi peruntukan yang sewajarnya.

Peruntukan itu hanya dapat diperoleh apabila Kerajaan yang baru merdeka ini nanti dapat menguasai sumber-sumber alam dan ekonomi yang akan digunakan dengan bertanggungjawab untuk mentransformasikan Negara Republic of Sabah North Borneo untuk maju ke depan jauh daripada taraf pembangunan yang kita kecapi pada hari ini dibawah penjajahan malaya melalui tipu muslihat mereka, yang memerangkap Bangsa kita melalui perjanjian malaysia yang tidak sah dan terbatal.Ideologi perjuangan Kemerdekaan ini perlu dan mesti disebarkan secara meluas kepada semua Sabahan khususnya kepada anak-anak muda generasi kita.

Ini kerana pucuk kepimpinan yang memperjuangkan agenda Kemerdekaan ini perlu menyerahkan perjuangan ini jikalau pada waktu era mereka, objektif ini tidak kesampaian.Meskipun begitu, jalan yang penuh dengan onak duri akan dirintis bagi memudahkan perjalanan perjuangan ini kelak.

Walau bagaimanapun, pucuk kepimpinan RSNB akan berusaha untuk menjayakan agenda ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.Daftarkan diri anda untuk menjadi sebahagian daripada pejuang-pejuang Kebangsaan Negara Sabah.

Cukup sudah apa yang kita lalui ini.

Kita tidak mahu terperangkap dalam lanskap politik perkauman dan keagamaan yang dimainkan oleh ahli-ahli politik malaya demi kelangsungan politik mereka.Kita mampu melangkaui batas kematangan politik yang setara dengan negera-negara maju.

Minda dan pandangan kita perlu dibuka dengan lebih luas agar mampu melihat jauh lebih progresif dalam melakukan perubahan tanah air kita, Negara Sabah.

Budaya pengamalan politik kita perlukan transformasi secara menyeluruh, yang mengamalkan integriti, bertanggungjawab dan bermaruah agar nasib bangsa yang Merdeka nanti terbela, kerana perlembagaan dan perundangan negara Republik akan menjadi teras dan tunjang kepada pembelaan keadilan bangsa kita.

Walau apa jua yang berlaku kini, ia seharusnya tidak dijadikan halangan untuk kita bersama-sama berjuang.

Ayuh semua Bangsa Negara Sabah kearah Negara Merdeka, Republic of Sabah North Borneo / Negara Republik Sabah Borneo Utara!

Sebarkan mesej ini.


Benarkah saya mahu menjadikan anda (Rakyat Negara Sabah dan Rakyat Negara Sarawak) sebagai perisai dan jikalau ada apa-apa yang buruk terjadi, saya akan bersembunyi?

Untuk menjawab komen ini, izinkan saya berkongsikan sejarah perjalanan penglibatan saya didalam dunia perjuangan rakyat.

2008

Saya telah mula terlibat didalam perjuangan rakyat atas kesedaran ketika saya masih lagi menuntut di sebuah Universiti tempatan di Malaya. Pada tahun tersebut, adalah tahun pilihan raya umum kali ke-12. Sebagai seorang mahasiswa pada ketika itu, berlaku kebangkitan anak-anak muda di semua Universiti awam yang menyahut seruan Pakatan Rakyat (PR) untuk membuat reformasi politik 'malaysia'. Apa yang membuatkan kebangkitan secara penuh dikalangan pelajar-pelajar Universiti pada ketika itu adalah kerana 'janji manefesto PR' yang menjanjikan bahawa 'PTPTN' akan dihapuskan jikalau PR memenangi PRU-12. 

Saya telah menyertai kebangkitan mahasiswa yang mahukan pentadbiran lama direformasikan dibawah pentadbiran PR melalui sebuah Kelab yang ditubuhkan diluar negara dan Kelab tersebut dipanggil Anwar Ibrahim Club (AIC). Walaupun saya tidak berkesempatan untuk mengikuti perhimpunan mahasiswa pada tahun tersebut, saya aktif berkempen melalui Forum Online dan juga blog. Dan selain itu, saya aktif melakukan kempen secara bersembunyi dikalangan pelajar didalam Universiti agar memberikan sokongan kepada PR. Semasa keputusan PRU-12 diumumkan, semua rakan-rakan ‘memekik dan memaki’ Sabahan dan Sarawakian.

Kenapa? 

Kerana Sabah dan Sarawak, BN terus memerintah manakala 5 buah negeri di Malaya telah jatuh ditangan PR. Kesan daripada PRU-12 itu, saya telah dibuang Universiti kerana telah gagal didalam peperiksaan. Saya hilang fokus kerana masa saya telah digunakan untuk berkempen politik. Meskipun CGPA (Pointer) saya masih layak untuk terus berada di Universiti, saya tetap dibuang manakala rakan-rakan yang rendah CGPA, yang sememangnya layak dibuang, dapat meneruskan pengajian mereka kerana tidak terlibat didalam aktiviti kebangkitan pelajar. Kesan daripada pembuangan daripada Universiti, saya hampir memilih untuk menamatkan hidup kerana kekecewaan yang teramat sekali dan malu untuk berdepan dengan orang tua serta saudara-mara namun atas keimanan dan sokongan orang yang terdekat, saya berjaya mengubah pemikiran itu untuk memulakan perjalanan hidup baru.

2009-2012

Saya telah mendapat peluang baru untuk meneruskan pengajian yang berbeza. Pada tahun inilah juga saya telah secara tidak langsung mengenali sebuah kumpulan sosial didalam Facebook dan kumpulan itu dipanggil Sabah Sarawak Keluar Malaysia - SSKM. Pada waktu itu, keahlian SSKM hanyalah sekitar 300 orang dan saya telah mula mengenali Doris Jones (DJ) dan beberapa ahli-ahli lama. Setiap hari, banyak perkara baru yang dipelajari didalam kumpulan ini melalui pendedahan bahan-bahan bersejarah dan berbukti yang dilakukan berbentuk perbincangan dan perkongsian, telah menarik minat saya untuk melibatkan diri secara aktif didalam kumpulan ini.

Ketika SSKM ditubuhkan didalam Facebook, Internal Security Act (ISA) masih lagi wujud. Walaupun perasaan takut itu ada dikalangan ahli-ahli kumpulan (termasuk saya) namun semua tetap meneruskan perbincangan yang dikategorikan sebagai 'sangat sensitif' iaitu perbincangan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Keberanian demi keberanian ini dibuktikan melalui kesanggupan untuk mewujudkan perjumpaan diluar alam maya Facebook dan ia panggil 'Lepak-Lepak SSKM'. Saya dengan beberapa rakan-rakan didalam kumpulan SSKM telah berjaya mengadakan perjumpaan Pertama yang sangat bersejarah ini secara bersemuka di Suria KLCC Park. Selepas itu, saya juga telah melakukan perkara yang sama iaitu melakukan perjumpaan bersejarah yang Pertama, Lepak-Lepak SSKM di Kota Kinabalu. Kejayaan ini telah memberikan saya kekuatan untuk berdiri diatas ketakutan yang selama ini menyelubungi diri saya sebagai Sabahan.

Saya juga telah menyertai Bersih 2.0 di Malaya yang mana pada waktu itulah baru saya tahu bahawa Garam dan Air adalah sangat penting sebagai penawar kepada Gas Pemedih Mata. Saya menyertai Bersih 2.0 kerana saya teringin untuk mengetahui tentang mengapakah orang-orang Malaya ingin melakukan demonstrasi awam dan apakah 'kekuatan, keberanian, faktor-faktor serta justifikasi' disebalik tindakan mereka ini. Ya, saya telah mendapat kesemua jawapannya selepas berakhirnya demonstrasi itu.

Sekali lagi, saya telah menyertai Bersih 3.0. Pada Demonstrasi kali ini, saya hampir kehilangan nyawa kerana tersepit ditengah-tengah perhimpuan yang dihadiri oleh puluhan ribu rakyat Malaya selepas FRU melepaskan beberapa das tembakan yang disengajakan. Semua orang masing-masing cuba untuk menyelamatkan diri. Harapan saya untuk berada ditengah-tengah perhimpunan ramai agar lebih selamat, rupa-rupanya tindakan itu telah hampir meragut nyawa saya kerana tidak dapat bergerak. Dalam keadaan demonstrasi aman yang bertukar menjadi ribut telah menyukarkan saya untuk menyelamatkan diri dan terpaksa menyedut asap gas pemedih mata yang begitu pekat sekali. Didalam fikiran saya pada waktu itu, adakah ini jalan cerita pengakhiran hidup saya?

Kedua-dua peristiwa ini iaitu Bersih 2.0 dan 3.0 telah memberikan saya mesej yang sungguh jelas sekali iaitu, sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab, kita mesti berani untuk memperjuangkan hak kita. Walau apa jua aral yang melintang, KEADILAN MESTI DIANGKAT DAN DIJULANGKAN SETINGGI-TINGGINYA MESKI DIANCAM MAHUPUN DIUGUT! Orang Malaya berani melakukan demonstrasi kerana itu adalah untuk memperjuangkan hak mereka. Ketakutan itu dipijak-pijak sepenuh hati mereka sehingga hanya keberanian sahaja yang menguasai diri mereka. Walau apa jua yang berlaku, tindakan itu adalah untuk kepentingan masa depan generasi mereka!

Pada 31 Julai 2012, saya bersama-sama dengan rakan-rakan SSKM telah menyambut kedatangan Doris Jones (DJ) di KLIA. Walaupun ketakutan wujud pada ketika itu kerana berisiko untuk ditangkap dibawah ISA, tetapi keterujahan (excitement) untuk berjumpa dengan beliau berjaya menenggelamkan segala-galanya. Sepanjang keberadaan Doris Jones di Malaya, saya telah memberikan beliau idea untuk membuat rakaman video bagi menyampaikan mesej beliau tentang kewajaran untuk Sabah dan Sarawak berpisah daripada Malaysia dan berjuang untuk mencapai Kemerdekaannya. Idea itu diterima, rakaman dilakukan dan ia disiarkan didalam youtube yang telah menjadi viral selepas kepulangannya ke UK.

Sebelum itu, beliau telah melakukan lawatan ke Sarawak dan Sabah. Ketika beliau berada di Sabah, saya telah melakukan inisiatif untuk melakukan pertemuan diantara DJ dan Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan (DDJK). Pertemuan itu berjaya dilakukan di Labuan. Melalui pertemuan julang kali itu, segala fitnah dan salahfaham yang selama ini disebarkan didalam media massa tentang DDJK telah dicerahkan sendiri oleh DDJK. Bermula pada detik yang bersejarah ini, wujud persefahaman kerjasama secara tidak langsung. DDJK memenangi kerusi DUN Bingkor.

2013-2015

Pada bulan Mac 2013, saya telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan sebuah Kesatuan Pelajar Borneo dan atas perbincangan demi perbincangan dikalangan rakan-rakan seperjuangan, Kesatuan itu berjaya ditubuhkan dibawah naungan Borneo Heritage Foundation (BHF) dengan nama Kesatuan dalam pergerakan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO), United Varsity Students of Borneo (UVSB). UVSB menjadi platform untuk pelajar-pelajar kolej dan universiti di Borneo iaitu Sabah dan Sarawak untuk melibatkan diri didalam dunia politik secara tidak langsung mengikut kemampuan masing-masing. Aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah bersesuaian dengan masa dan kelapangan pelajar-pelajar kolej dan universiti. Aktiviti yang termudah dilakukan adalah melalui bentuk penulisan yang diterbitkan didalam blog. Ia semuanya adalah artikel kebangkitan kesedaran rakyat Sabah dan Sarawak.

Pada 22 Julai 2013, saya telah membawa UVSB untuk menyertai acara Kemerdekaan Sarawak yang julung kali diadakan di Telung Usan. Sejak itu, acara Kemerdekaan Sarawak telah berlangsung setiap tahun sehingga kini.

Pada 31 Ogos 2013, saya juga telah membawa UVSB untuk menyertai acara Kemerdekaan Sabah yang julung kali diadakan di Kota Kinabalu setelah acara ini ditenggelamkan untuk sekian lama. Sejak itu, acara Kemerdekaan Sabah telah berlangsung setiap tahun sehingga kini.

Pada 16 September 2013, saya telah diberikan tanggungjawab untuk memaklumkan kepada Ibu Pejabat Polis Karamunsing untuk mengadakan satu Demonstrasi Aman bersebelahan dengan Makhamah Tinggi Kota Kinabalu. Saya telah membawa UVSB untuk bersama-sama menyertai Demonstrasi Aman yang dipanggil '916 Occupation Day' . Disebalik demonstrasi itu, beberapa trak polis sedang ber'parking' berdekatan dengan kawasan itu dan lebih daripada 30 anggota polis sedang berkawal dikawasan tersebut. Seorang anggota polis telah menghampiri saya dan memberikan nasihat (amaran) untuk tidak membuka poster yang sudah tersedia dengan mesejnya.

Pada 14 April 2014, saya telah membawa UVSB untuk menyertai Demonstrasi Aman dihadapan Pintu Pagar Utama Dewan Undangan Negeri Sabah dengan objektif untuk menggesa Kerajaan Sabah untuk bertindak tegas mendapatkan hak seperti apa yang telah terkandung didalam Perjanjian Malaysia 1963.

Pada 31 Ogos 2014, saya telah membawa UVSB untuk menyertai program sambutan Hari Kemerdekaan Sabah di Tg.Aru sebagai program kewajiban.

Selang seminggu selepas program Kemerdekaan itu (September 2014), Kerajaan Malaysia secara rasminya telah mengistiharkan SSKM sebagai Kumpulan Pengganas, Penghasut, Pengkhianat dan bermacam-macam lagi label dan dakwaan yang liar serta jahat ditembak kepada SSKM. Selaku salah seorang daripada Pentadbir (Admin) didalam kumpulan SSKM pada waktu itu, kesemua kami telah menjadi panik, kebingungan dan diselubungi dengan ketakutan yang sungguh teramat sekali. Didalam fikiran kami, bila-bila masa sahaja akan ditangkap. Atas inisiatif diri, saya telah menasihati Doris Jones untuk membuat kenyataan rasmi bagi menyangkal segala tuduhan dan dakwaan liar pihak Kerajaan Malaysia. Saya meminta beliau untuk memberikan saya isi-isi penting (important points) yang perlu dimasukkan kedalam kenyataan rasmi beliau dan selebihnya dihuraikan oleh saya dengan penyampaian yang padat. Pengesahan dilakukan oleh Doris Jones sebelum kenyataannya disiarkan kepada umum.

Namun, syukur kerana sebelum kejadian tersebut, saya telah sempat mewujudkan Page Facebook Sabah Sarawak Keluar Malaysia - SSKM dengan tujuan untuk menjadikan Page Facebook tersebut sebagai medium Penyebaran Kesedaran dan Kebenaran terbuka kepada warga Facebook Sabahan, Sarawakian dan Malayan. Selain itu, blog SSKM juga telah diwujudkan (blog diwujudkan hasil kerjasama dengan rakan seperjuangan). Dengan itu, SSKM memiliki Group dan Page Facebook serta blog untuk menjalankan tanggungjawab dan peranan yang tersendiri. Online Petition diwujudkan oleh rakan seperjuangan untuk tujuan membawa petisyen ke perhatian pihak antarabangsa.

Melalui kewujudan Page Facebook dan blog SSKM, ia berjaya menyangkal segala tuduhan jahat dan liar pihak Kerajaan Malaysia. Tembakan yang dikenakan keatas perjuangan SSKM yang pada waktu itu sudah bergerak dibawah NGO yang berdaftar di United Kingdom of Great Britain and Northen Ireland (UK) dengan nama Sabah Sarawak Union (SSU) telah berjaya menangkis sehingga meraih sokongan rakyat Sabah dan Sarawak.

Keadaan menjadi sangat genting pada waktu itu kerana siang dan malam berita telah disajikan dengan isu SSKM. Kesannya, rakyat Sabah dan rakyat Sarawak telah mula mengenali SSKM secara rasmi dan tindakan Kerajaan Malaysia itu dilihat sebagai satu Pengiktirafan yang sangat-sangat dihargai kerana ia merupakan publisiti percuma hampir beberapa bulan.

Doris Jones pada waktu itu bersetuju untuk mewakili SSKM sebagai Individu yang bertanggungjawab keatas perjuangan ini manakala pihak Pentadbir (Admin) yang lain bersetuju untuk memberikan sokongan dibelakang tadbir dalam aspek pengurusan Group dan Page Facebook serta blog SSKM setiap hari.

Hampir setiap malam Doris Jones berhubung dengan Pentadbir-pentadbir Group Facebook SSKM bagi memberikan sokongan moral dan panduan untuk berhadapan dengan situasi itu.

Kesan daripada tindakan Kerajaan ini, rakyat Sabah pada waktu itu telah tampil menawarkan diri untuk turut serta didalam perjuangan SSKM yang bergerak dibawah SSU-UK. Kumpulan demi kumpulan wujud secara sukarela di seluruh Sabah, Sarawak dan Malaya untuk mengumpul tandatangan bagi Petisyen Online.

Saya bertanggungjawab mengemaskini maklumat didalam Page Facebook SSKM sepanjang waktu SSKM sangat 'Panas'. Insiden penahan 9 Sukarelawn yang ditangkap di Tuaran menjadi Perhatian serius. 9 Sukarelawan ditangkap itu dibawakan ke Balai Polis Tuaran. Daripada 9 orang yang ditangkap, 4 orang dikenakan tuduhan. Beberapa pemimpin-pemimpin Sabah telah datang memberikan sokongan moral dan mengenakan tekanan undang-undang kepada pihak Polis agar membebaskan para Sukarelawan yang ditahan. Datuk Yong Teck Lee telah memainkan peranan yang sangat penting pada waktu itu. Kes ini dipanggil Tuaran 4.

Selang seminggu selepas kejadian Tuaran 4, penahanan sukarelawan telah berlaku lagi dan kini insiden itu berlaku di Lahad Datu yang mana pada kali ini telah menyaksikan 5 orang sukarelawan ditahan. Sekali lagi Datuk Yong Teck Lee telah memainkan peranannya setelah Doris Jones menghubungi beliau untuk memohon bantuan. Beberapa pemimpin Sabahan juga telah datang untuk memberikan sokongan dan antaranya ialah Datuk 'Merican' (jikalau tidak silap saya) dan juga Datuk James Ligunjang. Diakhir pembebasan sukarelawan di Lahad Datu 5 (LD 5) itu, saya telah bersama-sama menyambut mereka dengan rakan-rakan sukarelawan yang lain di luar pintu pagar Ibu Pejabat Balai Polis Lahad Datu.

Sepanjang kejadian Tuaran 4 dan LD 5, saya sentiasa menyampaikan informasi terkini didalam Page Facebook SSKM agar rakyat Sabah khasnya dapat mengikuti perkembangan ini.

Sehingga satu masa, saya telah didatangani oleh seorang lelaki yang berpakaian kemas, berambut pendek. Individu itu memperkenalkan dirinya sebagai 'Special Branch Police (SB)'. Saya telah diberikan amaran dan ancaman tangkapan jikalau aktiviti ini masih diteruskan. Namun saya tetap meneruskannya. Kali kedua saya telah didatangani SB dengan mesej 'jikalau aktiviti ini masih diteruskan, diri dan keluarga akan berada didalam bahaya'.

Laporan polis tidak dilakukan pada dua kejadian ugutan dan ancaman nyawa itu kerana ketakutan menyelubungi diri. Pemikiran pada waktu itu menyakinkan saya bahawa keadaan akan bertambah parah lagi jikalau aduan polis dibuat kerana ancaman itu sendiri daripada pihak polis. Jikalau tangkapan berlaku keatas diri ini, saya tidak akan mampu untuk berjuang untuk kesedaran dan kebangkitan rakyat Sabah dan rakyat Sarawak. Saya juga telah memaklumkan keadaan ini kepada Doris Jones tentang keberangkalian saya akan ditangkap.

Atas segala pertimbangan faktor-faktor keselamatan diri, keluarga dan perjuangan, ia telah menjustifikasikan saya untuk mendapatkan perlindungan di Australia.

2016-2019

Keberadaan saya di Australia tidak menghentikan perjuangan ini sebaliknya, saya telah menghubungi En.Robert Pei. Pertemuan demi pertemuan telah memberikan saya kefahaman tentang halatuju perjuangan sebenar.

Saya juga telah menghubungi seorang sukarelawan SSU-UK iaitu Cik Elvera Edward dan beberapa pertemuan dilakukan untuk membincangkan hal-hal perjuangan Sabah dan Sarawak.

Setelah beberapa bulan, saya telah membawa dan memperkenalkan Cik Elvera Edward kepada En.Robert Pei dan hasil daripada beberapa pertemuan, akhirnya kami bertiga bersetuju untuk menubuhkan sebuah NGO didaftarkan dengan nama Sabah Sarawak Rights - Australia & New Zealand (SSRANZ).

Dibawah NGO SSRANZ, kami telah melibatkan diri didalam program anjuran Forum Awam Bersih Australia.

Forum Pertama SSRANZ telah berjaya diadakan pada 2017 dan Forum Kedua SSRANZ pula telah menyaksikan kejayaan pada 22 Oktober 2019.

Melalui perkongsian ini, adakah benar saya telah menjadikan rakyat Sabah sebagai perisai sementara itu saya bersembunyi?

Keberadaan saya di Australia sebenarnya bukan atas sebab untuk bersembunyi tetapi sebaliknya adalah untuk mengelak daripada perjuangan ini terkubur atau dikuburkan.

Adakah melalui penglibatan saya selama ini tidak memberikan impak keatas kesedaran dan kebangkitan rakyat Sabah dan Sarawak, yang seterusnya telah mampu mengoyangkan Kerajaan Malaysia? Pengaruh Malaya melalui umno-bn di Sabah telah terkubur kerana kesedaran yang disebarkan melalui kebangkitan untuk memiliki Parti-parti Tempatan Sabah, dilakukan secara konsisten melalui Group dan Page Facebook serta blog SSKM/SSU-UK.

Adakah benar dakwaan anda yang mengatakan bahawa saya 'hanya berani di Facebook sahaja?'

Saya tidak berniat untuk 'menunjuk-nunjuk' tentang apa yang telah dilakukan selama ini. Walau bagaimanapun, perkongsian ikhlas ini dilakukan kerana wujud keperluan untuk memberikan kefahaman serta mencerahkan tanggapan yang tidak benar tentang usaha serta tindakan yang dilakukan oleh saya pada masa kini.

Rentetan daripada kisah perjalanan hidup saya setakat ini adalah selari dengan janji yang pernah dilafazkan oleh saya selama ini iaitu 'Saya akan mengoncangkan politik Negara Sabah sekuat-kuat hati saya sehingga Negara Sabah mencapai KEMERDEKAAN! Kini, saya sedang melakukannya sekarang!'


***Saya ingin memaklumkan bahawa banyak info-info lanjut tidak dapat diselitkan didalam perkongsian saya ini. Walau bagaimanapun, mana-mana pihak boleh menyelitkan penglibatan diri masing-masing melalui ruangan komen dibawah sebagai rujukan bersama. Perkongsian ini juga adalah untuk memfokuskan kepada perjalanan perjuangan saya dan ia tidak sesekali berniat untuk membelakangkan mana-mana pihak yang pernah turut terlibat didalam perjuangan rakyat ini. Garis Masa (Timeline) yang lebih spesifik akan dilakukan nanti untuk merekodkan penglibatan semua pihak yang mampu mengiktiraf sumbangan yang telah membawa kepada perubahan kesedaran dan kebangkitan Nasionalisme, yang seterusnya telah membawa kepada kebangkitan politik Negara Sabah.

Saya telah bersama-sama berjuang di Tanah Air sejak 2008 lagi. Saya berjuang di malaya, Negara Sarawak dan juga Negara Sabah. Kini, saya berjuang diperingkat antarabangsa. Tidak pernah terlintas didalam fikiran saya untuk menjadikan diri anda dan Sabahan yang lain sebagai perisai. Saya berasa pemikiran sebegitu sungguh ‘HINA’ sekali. Apakah anda tidak melihat bahawa tindakan kami memberikan tekanan politik kepada kerajaan malaya akan memberikan manfaat kepada rakyat Negara Sabah dalam jangka masa yang panjang? Jikalau anda risau diri anda terancam kerana takut, saya faham kerana saya juga telah melalui duka lara itu. Anda boleh memilih untuk terus berdiam, selamat menjalani kehidupan harian selamanya sebagai individu yang terjajah secara mental. Hidup anda akan aman sehingga menghembus nafas yang terakhir kerana usia yang tua, sakit atau apa-apa yang memungkinkan kecelakaan yang berlaku tanpa diduga.

Saya memilih untuk bersuara, berdiri diatas ketakutan yang selama ini menjajah kotak pemikiran saya atas sebab ketakutan yang diserapkan oleh kerajaan malaysia yang akan menindas suara keadilan Bangsa. 

Justeru, SEGALA KESENGSARAAN DAN PENINDASAAN DIDALAM ASPEK SOSIAL, EKONOMI DAN POLITIK SEPANJANG BANGSA NEGARA SABAH DAN BANGSA NEGARA SARAWAK BERADA DIBAWAH KUASA PENJAJAHAN MALAYA YANG KINI DIKENALI SEBAGAI MALAYSIA ITU MESTI DINOKTAHKAN SEPENUHNYA!

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberikan anda pencerahan dan suntikan semangat untuk bersama-sama BANGKIT DEMI KEDAULATAN DAN KEMERDEKAAN BANGSA NEGARA SABAH DAN BANGSA NEGARA SARAWAK! ***


Source: https://www.facebook.com/notes/382991692707626/


Keadaan akan berlaku yang mana perjuangan untuk memerdekakan Negara Sabah ini akan dilihat sebagai satu ancaman kepada kerajaan persekutuan. Sememangnya ia kini dilihat sedemikian.

Namun, perjuangan ini bukan mengancam sesiapa tetapi adalah untuk membawa kesejahteraan kepada Rakyat Negara Sabah yang selama ini berada pada satu kedudukan yang amat menyedihkan dalam pelbagai aspek seperti sosial, ekonomi dan politik.

Satu hujah yang dalam memberikan anda satu kefahaman tentang mengapa perjanjian ini terbatal dan tidak sah selain aspek kapasiti untuk menandatangani perjanjian malaysia 1963 ialah Kerajaan North Borneo (kini Sabah) dan Kerajaan Sarawak pada waktu itu tidak mempunyai 'Dewan Undangan Negara / DUN) ataupun Parlimen.

Dari tahun 1960 sehingga 1963, ahli-ahli parlimen malaya hampir setiap sesi dewan parlimen mereka berdebat tentang idea dan status perjanjian malaysia namun apakah situasi perbincangan dan penyampaian idea dikalangan pemimpin-pemimpin kita di Borneo?

Mereka mengembara ke seluruh pelusuk Sabah dan Sarawak untuk menyampaikan idea ini. 

Mengapa?

Sebab kita tidak memiliki wakil-wakil rakyat yang dipilih melalui pilihan raya pada waktu itu.

Mengapa?

Disebabkan kita berstatuskan Tanah Jajahan British yang tidak memiliki suara demokrasi kerana kuasa dipegang sepenuhnya oleh British dan apa sahaja perancangan British, mereka boleh melakukan tanpa mendapat sebarang persetujuan daripada rakyat jajahan mereka.

Adakah pemimpin-pemimpin kita mengetahui apakah isi-isi perjanjian malaysia (ma63)?

Tidak.

Mengapa?

Kerana pemimpin kita tidak berpeluang untuk berdebat tentang isi-isi perjanjian malaysia kerana tidak memiliki DUN ataupun Parlimen untuk meneliti perjanjian ini.

Mengapa?

Sebab kita tanah jajahan British yang tidak memiliki kapasiti untuk mentadbir Negara kita secara bebas.

Adakah pilihanraya telah dilakukan sebelum perjanjian malaysia itu ditandatangani?

Tidak.

Mengapa?

Kerana kita belum diberikan status Berkerajaan Sendiri oleh British ataupun Self-Government status.

Mengapa?

Disebabkan British belum mahu memberikannya.

Bermaksud?

Waktu tandatangan perjanjian malaysia itu dilakukan, kita belum ada wakil rakyat yang dipilih secara demokrasi. Kita belum diberikan status Berkerajaan Sendiri yang akan membolehkan kita memiliki Badan Perundangan iaitu DUN atau Parlimen. Kita tidak berpeluang untuk berdebat sesama kita secara demokrasi didalam DUN ataupun Parlimen. Kita tidak memberikan 'kebenaran' ataupun  'consent' untuk perjanjian malaysia itu diluluskan. Kita tidak terlibat apapun dalam penyedian perjanjian malaysia. 

Jadi, siapakah yang memilih pemimpin-pemimpin kita untuk menandatangani perjanjian malaysia 1963? Siapakah yang menyediakan isi-isi perjanjian malaysia 1963? Siapakah yang terlibat didalam penyediaan dokumen perjanjian malaysia 1963? Siapakah yang membenarkan perjanjian malaysia ini diluluskan?

Jawapannya adalah British dan Malaya.

Mengapa?

Kerana perjanjian malaysia ini sebenarnya adalah memfokuskan kepada urusan kepentingan ekonomi dan politik mereka sahaja.

Jadi, hujah yang disampaikan oleh pihak kami ini bukan satu hasutan tetapi adalah satu kebenaran yang mesti difahami secara terbuka dan bukan mempertahankan sesuatu yang salah.

Jikalau kita tidak berusaha untuk memahami keadaan yang sebenar, bagaimanakah kita mahu bergerak dijalan yang benar? Bagaimanakah kita mampu mencapai hak-hak kita yang sebenar? 

Bagaimanakah kuasa kemerdekaan dapat diperolehi apabila kita berusaha menidakkan kebenaran bahawa kuasa kedaulatan dan kuasa perundangan kita diserahkan kepada malaya oleh British dan proses penyerahan itu dilakukan pada 9 Julai 1963, dan upacara perasmian untuk memetraikan perjanjian itu dilakukan pada 16 September 1963.

Ini bermaksud, adakah kita membentuk negara baru? 

Tidak.

Mengapa?

Kerana di UN tidak merekodkan sebarang permohonan keahlian pembentukan negara baru. Apa yang mereka terima hanyalah makluman daripada wakil malaya yang memberitahu UN bahawa mereka telah menukar nama malaya kepada malaysia dengan 'kemasukan' North Borneo, Sarawak dan Singapura ke dalam malaya.

Kebenarannya ialah kita bukan masuk tetapi dijajah kerana malaya memegang kuasa Kedaulatan dan kuasa Perundangan Negara kita.

Adakah penjelasan ini jelas?

Ya?

Bantu sebarkan untuk kesedaran bersama.


Republic of Sabah North Borneo - RSNB


 Mesej ini adalah kepada anda semua...

Kesedaran tentang keperluan untuk kita memerdekakan Negara Sabah untuk menjadi Negara Republik tidak akan dapat dicapai jikalau kita tidak memainkan peranan dalam usaha menyebarkan kesedaran dikalangan rakan-rakan kenalan di Facebook akaun masing-masing.

Ini kerana informasi yang wujud di Page Facebook ini tidak dapat sampai kepada mereka kerana tiada usaha ataupun medium untuk menyampaikan informasi ini kepada mereka.

Pihak kami telah memberikan komitmen dan usaha untuk mengekstrak atau mendapatkan informasi daripada kajian, penyelidikan sejarah serta merancang untuk memberikan kesedaran agar perubahan dan momentum kebangkitan Nasionalisme dapat dicapai dengan mengkongsikan kesemuanya diruangan media sosial seperti melalui Page Facebook rasmi RSNB, Mosses PA Ampang, SSRANZ, SSU dan seangkatan dengannya.

Tetapi jikalau anda memilih untuk tidak memainkan peranan walau sekecil 'mengkongsikan informasi' ini kepada keluarga, rakan-rakan dan kenalan anda sama ada melalui whatsapp, facebook atau mana-mana yang bersesuaian, maka objektif meningkatkan kesedaran itu tidak dapat dicapai.

Kita tidak mempunyai masa yang lama kerana setiap seorang daripada kita memiliki jangka hayat yang tertentu. Secara puratanya, kita memiliki masa sekitar 70-80 tahun untuk melakukan yang terbaik didalam ruang hidup ini. Gunakanlah untuk membawa perubahan yang akan memberikan kesejahteraan hidup generasi kita dimasa hadapan.

Kita tidak mampu memiliki informasi ini dahulu kerana ia disekat dan merupakan 'rahsia'. Tetapi kini, kita mampu mendapatkan informasi ini meskipun berstatuskan rahsia kerana ia adalah hak kita untuk mengetahui kebenaran dan bertindak selari dengan keperluannya.

Bantulah untuk menyebarkan kebenaran agar kesedaran dapat ditingkatkan agar kita mampu membawa perubahan yang diinginkan.

Bersama-samalah kita bertanggungjawab terhadap masa depan anak-anak, cucu-cicit dan keturunan generasi kita. 

Marilah kita bersama-sama berkorban tenaga, usaha, masa untuk tujuan yang murni dan mulia ini agar kesejahteraan dapat dikecapi bersama. 

Saya berjanji untuk memberikan kualiti informasi yang bermutu, benar dan berfakta agar tidak menjejaskan usaha dan kerjasama yang diberikan oleh anda.

Perubahan ini wajib dilakukan.


Join the Fight!


Mosses PA Ampang




Setiap seorang daripada kita mempunyai jalan kehidupan masing-masing yang penuh dengan kepelbagaian cabaran yang perlu dan mesti dilalui dengan hati yang tenang, tabah dan matang.

Pandemik Covid-19 telah membuatkan hampir kesemua aktiviti-aktiviti yang memfokuskan kepada kempen kesedaran terhenti seketika termasuk RSNB kerana ianya tidak sesuai dilakukan atas sebab keutamaan pada waktu tersebut adalah untuk memastikan keluarga kita mempunyai makanan untuk dimakan setiap hari.

Kini, ia telah berlalu dan aktiviti kempen kesedaran perlu dirancakkan semula dan mesti bergiat aktif untuk memastikan objektik dapat dicapai mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

Apakah objektifnya, ia adalah seperti berikut;

  1. Memberi pengetahuan kepada semua Sabahan mengenai fakta sebenar ketidaksahan status perjanjian malaysia yang telah disesatkan oleh ahli-ahli politik Sabahan dan Malaya. 
  2. Untuk menyebarkan kesedaran tentang keperluan dan kewajiban moral untuk menyokong Kemerdekaan Sabah untuk menjadi Republik Borneo Utara Sabah dalam tempoh masa 10 tahun (2030).
  3. Menjadi Kumpulan Pendesak kepada ahli-ahli politik Sabahan dan parti-parti politik tempatan Sabah untuk memimpin dan memperjuangkan Kemerdekaan Sabah. 

Objektif ini adalah selari untuk menyokong misi RSNB iaitu; 

Untuk mempercepatkan kesedaran tentang keperluan untuk menyokong Kemerdekaan Negara Sabah untuk menjadi Negara Republic yang akan dikenali sebagai Negara Republik Sabah Borneo Utara.

Ini kerana Visi RSNB adalah kerana;

Kami Percaya bahawa Sabahan sememangnya telah bersedia untuk menjadi Bangsa dan Negara yang Merdeka, berkemampuan untuk mengurus sumber semula jadinya dengan bertanggungjawab, mempertahankan negaranya dan mentadbir Kerajaannya dengan Keadilan, Perpaduan dan Integriti di Asia Tenggara dan Dunia.

Siapakah yang akan mendapat manfaat daripada perjuangan ini setelah ia berjaya?

Anda dan generasi keturunan anda serta kita semua.

Cukup sudah memiliki mentaliti yang takut untuk memperjuangkan kebenaran kerana ia akan memerangkap diri dan masa depan kita. Kita mesti berani menamatkan sesuatu perbuatan dan tindakan yang tidak betul, yang menjejaskan kehidupan kita.

Justeru, pemilikan kuasa politik sepenuhnya ditangan kepimpinan tempatan adalah WAJIB dan TINDAKAN untuk MEMPERJUANGKAN HAK BANGSA NEGARA SABAH MESTI DILAKUKAN TANPA GENTAR TERHADAP SEBARANG UGUTAN DAN ANCAMAN.

Jikalau wujud perkara seperti itu, maka kita semua mesti BANGKIT untuk MEMPERTAHANKAN dan MELINDUNGI pemimpin-pemimpin yang mewakili suara sebenar kita, dan bersatu untuk melakukan sesuatu yang mampu menundukkan 'mereka' yang mengenakan tekanan politik atau ancaman atau ugutan keatas kita.

Keberanian untuk kita bersatu dan berjuang kearah ini menunjukkan kita adalah bangsa yang BERJIWA MERDEKA yang tidak mahu dijajah lagi, dan WAJAR mencapai KEMERDEKAAN SEPENUHNYA!

Bangkitlah wahai semua Sabahan demi kepentingan kita bersama-sama...


"Bukan Untuk Diri Tapi Untuk Negara Sabah"


Sebarkan mesej ini...


Join The Fight!


Mosses PA Ampang


Jikalau kita membiarkan informasi yang berusaha menghalang Kemerdekaan untuk Negara Sabah dicapai atas sebab-sebab yang tidak lagi relevan, maka selama-lamanya lah kita akan sentiasa menjadi mangsa ketakutan yang gagal untuk melihat kehidupan sebenar yang menjanjikan hidup yang jauh lebih baik daripada sekarang.

Mentaliti dan pandangan tentang  perjanjian malaysia yang selama ini didendangkan bahawa ia adalah 'sah' perlu dinoktahkan, ditamatkan, dihentikan serta-merta.

Ini kerana ia menghalang untuk kita berjalan dijalan yang sebenar. Kita akan terikat kepada kepalsuan fakta yang tidak berasas dan selamanya kepimpinan malaya ketawa terbahak-bahak dalam diam apabila melihat, merenung dan berbicara tentang sungguh mudah Sabahan (dan Sarawakian) diperbodohkan, diperalatkan, ditakutkan, digertak, dipermainkan, dirasuahkan, dan anda boleh senaraikan semuanya.

Mesej ini bukan untuk menghasut anda untuk membenci orang-orang malaya tetapi adalah untuk menyedarkan, memberikan penerangan melalui cahaya minda tentang kuasa penjajahan yang dipaksakan keatas bangsa kita, Bangsa Negara Sabah.

Kita tidak merdeka melalui malaysia tetapi kita diberikan status 'Berkerajaan Sendiri / Self-Government' oleh British lalu Kuasa Kedaulatan dan Kuasa Perundangan dipindahkan dari British kepada Malaya secara rasmi pada 16 September 1963 melalui Perjanjian yang tidak sah, yang ditandatangani pada 9 Julai1963 ketika Sabah (North Borneo), Sarawak dan Singapore masih lagi berstatuskan Tanah Jajahan British yang tidak memiliki 'legal capacity ataupun kedudukan sah' untuk menandatangani perjanjian antarabangsa.

Apa yang kita rayakan pada 31 Ogos adalah bermulanya kita 'Berkerajaan Sendiri / Self-Government' yang merupakan satu langkah terakhir sebelum benar-benar mencapai status Negara Merdeka.

Jikalau kita terus berdiam dan membiarkan perkara ini berlanjutan meskipun kita telah sedar akan kebenaran ini, maka anda secara tidak langsung memaksakan generasi masa depan untuk melalui keadaan ini yang dijangkakan akan lebih 'jahanam'.

Generasi Masa Depan itu adalah Anak-anak, Cucu-cicit serta Keturunan anda semua!

Oh sungguh tidak bertanggungjawab betul generasi pada waktu ini!

Jikalau memang benar generasi pada masa ini tidak bertanggungjawab, maka wajar sungguh untuk terus mengalami penderitaan, kesengsaraan, penghinaan, kemunduran, kemiskinan dan sebagainya. 

Ini kerana ia merupakan hadiah yang ikhlas yang diberikan oleh dunia kepada generasi yang tidak bertanggungjawab. 

Malangnya hadiah ini juga akan turut diterima oleh generasi masa depan. 

Oh sungguh tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata.

Sedarlah, bangkitlah dan sertailah perjuangan untuk memerdekakan negara kita melalui perpaduan dengan bersatu suara, tenaga, minda, kepakaran dalam menggerakkan rakyat untuk berjalan dalam satu barisan Kemerdekaan ini.

Bangkitlah wahai Bangsa Negara Sabah! Masanya telah TIBA!

"I am a dreamer, working towards turning my dreams into reality. I aspire to share the beauty of my dreams with all of you.

My ultimate dream is to witness the creation of a truly independent country, exclusively belonging to the people of Sabah. It would be governed and ruled by Sabahans, who would enjoy the benefits of its natural resources, fulfilling the long-standing aspirations of the Sabahan people.

I envision a robust government that manages the country's economy, society, and politics in a fair manner, catering to all ethnicities, with a strong commitment to combating corruption and upholding truth and justice.

While I have many dreams to share, the most crucial one at present is the pursuit of independence for a new nation, which will be known as 'The Republic of Sabah North Borneo.'

Yes, 'The Republic of Sabah North Borneo' – a dream that was shattered in 1963 but will be revived by a new generation of nationalist leaders, united under the anthem of 'FREEDOM, DECOLONIZATION, INDEPENDENCE IS A MUST!'"


Mosses PA Ampang


Republic of Sabah North Borneo - RSNB ingin memberikan kenyataan rasmi terhadap tindakan pemimpin-pemimpin tempatan termasuk Kerajaan Negara Sabah yang telah memperlihatkan usaha untuk menyesatkan dan memperbodohkan rakyat Negara Sabah tentang 'Hari Kebangsaan Malaysia' pada 31 Ogos bulan ini.

Hari Kemerdekaan Malaya dan kini dipanggil Hari Kemerdekaan/Kebangsaan Malaysia?

Tindakan pihak Kerajaan Negara Sabah yang telah mempromosikan 'Hari Kebangsaan Malaysia' pada 31 Ogos ini adalah sebenarnya bertujuan untuk mengaburi mata dan akal kewarasan rakyat Negara Sabah.

Perubahan 'sebutan' daripada 'Hari Kemerdekaan Malaysia' kepada 'Hari Kebangsaan Malaysia' yang merujuk kepada 'Hari' yang mana 'Persekutuan Tanah Melayu ataupun Malaya' memperolehi Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 adalah untuk mengelakkan ia daripada 'diboikot' oleh rakyat Borneo.

Ini adalah kerana tarikh tersebut TIDAK mempunyai signifikan ataupun kepentingan sejarah kepada rakyat dikedua-dua kepulauan Borneo. Ini juga disebabkan pada waktu Malaya mencapai Kemerdekaannya, Negara Sabah (North Borneo) dan Negara Sarawak masih lagi menjadi Tanah Jajahan British.

Apakah sebenarnya justifikasi ataupun alasan yang menghalalkan perbuatan terkutuk ini?

Mentaliti Terjajah

Setelah 60 tahun Negara Sabah dan Negara Sarawak 'membentuk Malaysia', corak dan daya pemikiran rakyat Negara Sabah dan Negara Sarawak telah 'dimalayanisasikan ataupun dimalaysianisasikan' dengan objektif untuk melemahkan, melunturkan, menghapuskan identiti serta budaya yang unik dan istimewa, yang jelas sungguh jauh berbeza dengan orang-orang di Tanah Melayu. Dengan memiliki mentaliti yang terjajah, ia akan membuatkan rakyat di wilayah yang terjajah ini tertunduk dan mengakui kekuasaan kedaulatan sang penjajah keatas diri mereka! Kesannya, ini menyebabkan rakyat yang terjajah tidak mempunyai kekuatan, semangat dan keberanian untuk bangkit menegakkan hak-hak mereka yang dirampas dan dirobek melalui penguasaan kuasa politik di tanah tumpah darah mereka.

Menyembunyikan Kebenaran

Pemimpin-pemimpin Negara Sabah dan Negara Sarawak dahulunya bersetuju untuk 'membentuk sebuah Negara Baru yang dinamakan Malaysia' yang dianggotai oleh EMPAT buah Negara. Malangnya, lain yang dipinta, lain yang diberikan. Usaha untuk menyembunyikan penipuan akhirnya terbongkar apabila informasi tentang pembentukan Malaysia sebenarnya adalah bertujuan untuk 'meluaskan Tanah Melayu sehingga ke Tanah Borneo'. Rekod di Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) membuktikan bahawa Malaysia itu adalah 'Nama Baru' bagi Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ataupun Federation of Malaya. Ia BUKAN SEBUAH NEGARA BARU TETAPI ADALAH NEGARA MALAYA YANG TELAH MENJENAMAKAN DIRI MEREKA!

Penghinaan Bangsa

Tindakan mengibarkan bendera Malaya ataupun Malaysia di Negara Sabah dan Negara Sarawak terutama sekali pada 'Hari Kemerdekaan Malaya/Malaysia sebenarnya adalah merupakan satu PENGHINAAN PENUH kepada rakyat Borneo. Malaya yang kini dikenali sebagai Malaysia telah MENJAJAH anda dan dengan penuh kegembiraan anda telah mengibarkannya? Hasil ekonomi dan kuasa politik anda dipegang oleh sang PENJAJAH dan anda BERSYUKUR?!

Pembangunan ekonomi 'dilembabkan' melalui 'dasar kabotaj' sehingga kos hidup di Negara Sabah dan Negara Sarawak tinggi sehingga mencekik leher dan anda BERSYUKUR?!

Hasil sumber Gas dan Petroleum yang ada di Negara Sabah dan Negara Sarawak untuk dinikmati oleh rakyat tempatan tetapi dikuasai oleh Malaya/Malaysia dan hanya diberikan 'secebis tinggalan keuntungan' anda BERSYUKUR?!

Sedarlah Wahai Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak

Sebenarnya kita mempunyai kemampuan dan jauh lebih baik untuk mentadbir Negara sendiri. Kita memiliki segala-galanya namun kekurangan yang wujud pada masa ini ialah pemilikan Kuasa Kedaulatan, Kuasa Perundangan yang membawa pengertian kepada Kuasa Kemerdekaan telah diikat oleh rantai kuasa penjajahan Malaya atas nama Malaysia. Kunci kepada penyelesaian ini adalah melalui penguasaan Kuasa Politik yang MESTI dipegang sepenuhnya oleh Rakyat Tempatan yang Pro Sabahan and Pro Sarawakian sahaja, yang akan mampu memutuskan rantai kesengsaraan, penghinaan dan penjajahan ini.

 Kemampuan kita untuk meramalkan masa depan Negara Sabah dan Negara Sarawak dalam tempoh 10, 50 ataupun 100 tahun daripada sekarang semuanya bergantung kepada tindakan yang kita ambil pada hari ini.

"Tiada masa untuk berdiam kerana masanya telah tiba. Tiada erti untuk berputus asa kerana ini baru bermula. Kuatkanlah hatimu tempuhi cabaran, kita perlu bersatu hati. Perjuangan ini, bebaskan negara dari kuasa peluntur bangsa!"


Mengapa cadangan nama untuk Negara Merdeka adalah 'Republic of Sabah North Borneo'?

Nama 'Sabah' digunakan secara rasmi pada 16 September 1963 sehingga sekarang. Sepanjang bersama-sama dengan 'malaya', kita telah mengalami penindasan dalam aspek sosial, ekonomi dan politik. Nama ini sungguh bersejarah untuk dilupakan kerana ia sudah terpalit, sebati dengan segala pahit, duka dan lara.

Nama 'Borneo' telah digunakan sejak abad ke-15 dan penggunaan nama 'North Borneo' digunakan secara rasmi sewaktu dibawah pentadbiran  British North Borneo Chartered Company pada abad ke-18.

Penggunaan cadangan nama untuk Negara Republik yang bakal muncul dalam tempoh 10 tahun ini iaitu 'Republic of Sabah North Borneo' adalah untuk mengingatkan Bangsa kita, Bangsa Negara Sabah tentang sejarah perkembangan peradaban dan ketamadunan bangsa kita. 

Generasi yang mengabaikan masa lalu / sejarah tidak akan mempunyai masa depan kerana masa depan hanya dimiliki oleh generasi yang belajar daripada sejarah mereka untuk menjadi lebih baik.

Dengan memiliki nama Republik Sabah Borneo Utara / Republic of Sabah North Borneo, kita mampu menjadi Bangsa yang lebih baik hasil daripada proses perkembangan sejarah yang kita lalui selama ini. Ia mengingatkan identiti diri kita melalui nama Negara kita, yang kita akan bentuk dalam tempoh 10 tahun daripada sekarang.

Kini anda sudah faham?

Sebarkan mesej ini.

Republic of Sabah North Borneo - RSNB


Sistem Pendidikan Republik Sabah Borneo Utara akan memiliki satu jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan yang terbahagi kepada 3 peringkat iaitu sekolah Kebangsaan Rendah, Menengah dan Tinggi.

Tidak akan diwujudkan sekolah yang berasaskan perkauman kerana semua bahasa akan diajar di semua peringkat sekolah kebangsaan sebagai subjek pilihan yang memberikan kelebihan kepada semua pelajar yang ingin mempelajari bahasa ibunda ataupun bahasa tambahan.

Bahasa English dan Bahasa Sabah adalah subjek yang wajib diambil untuk semua murid kerana ia adalah bahasa kebangsaan dan rasmi Negara Republik.

Bahasa Sabah adalah Bahasa yang telah menjadi pertuturan harian Sabahan dengan dialek tersendiri. Ia adalah hasil daripada asimilasi Bahasa melayu, Indonesia dan Sabahan itu sendiri yang melahirkan Bahasa Sabah yang unik.

Sistem meritokrasi akan menjadi teras didalam sistem pendidikan Republik kerana kita perlu melahirkan golongan ilmuan yang akan membantu membangunkan Negara Republik.

Kolej Vokasional yang memfokuskan kepada kemahiran teknikal akan diberikan perhatian utama bagi melahirkan lebih banyak golongan yang berkemahiran tinggi. Ini kerana mereka yang memiliki sijil kemahiran ini sahaja yang layak melakukan pekerjaan teknikal. Ini adalah untuk mewujudkan standard umum yang selari dengan standard antarabangsa.

Institut Bahasa dan Kesasteraan Republik Sabah Borneo Utara akan diberikan tanggungjawab untuk mengemaskini Bahasa Sabah agar dapat disejajarkan penggunaan Bahasa Kebangsaan di semua peringkat Pendidikan Negara Republik Sabah Borneo Utara.

Informasi ini akan dikemaskini dari masa ke semasa bagi menambah input tambahan bagi rujukan bersama.


Usaha untuk menyelamatkan 'persekutuan malaysia' telah diusahakan sejak 'terbentuknya malaysia' namun selama usaha itu dilakukan, malaya tidak pernah berusaha untuk memainkan peranannya untuk menyelamatkan 'persekutuan malaysia' yang 'dianggotai' oleh Negara Sabah, Negara Sarawak dan Negara Singapura.

Ini telah mengakibatkan berlakunya Perpisahan Singapore daripada 'persekutuan malaysia'.

Disangka keadaan itu akan membuatkan malaya menghargai Negara Sabah dan Negara Sarawak sebaliknya penindasan, penganiayaan yang lebih serius telah dilakukan oleh mereka.

Penyerahan hak pemilikan sumber minyak dan gas dilakukan kerana wujud tekanan dan ancaman politik.

Dasar kabotaj diwujudkan bagi kepentingan perkapalan malaya yang mengakibatkan wujud perbezaan kemajuan dan perkembangan ekonomi diantara malaya dan Borneo.

Campur tangan politik yang tidak berkesudahan malah ingin merampas kuasa politik Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak melalui pelebaran jentera politik mereka ke Borneo.

Sehingga sekarang, usaha untuk mengukuhkan ketuanan melayu malaya masih giat dilakukan keatas Borneo. 

Segala-gala yang dilakukan oleh malaya sebenarnya adalah bermotifkan politik untuk melembabkan segala perkembangan sosial, ekonomi dan politik agar wujud kebergantungan terhadap malaya dalam semua hal.

Jawatankuasa demi jawatankuasa untuk 'mengkaji perjanjian malaysia' dilakukan namun ia sentiasa menemui kegagalan kerana malaya ingin memberikan keutamaan kepada aspek yang mempunyai kepentingan mereka.

Melalui sindrom kebergantungan, manipulasi politik akan mudah dijayakan.

Perjuangan pemimpin-pemimpin Negara Sabah yang ingin menyelamatkan malaysia nampaknya menemui kegagalan kerana pihak malaya sendiri yang enggan untuk menyelamatkannya.

Jikalau pihak mereka sendiri yang tidak ingin menyelematkannya, mengapa kita pula yang terhegeh-hegeh ingin menyelamatkannya.

Penemuan hasil daripada kajian tentang perjanjian malaysia telah membuka mata Sabahan bahawa sememangnya perjanjian malaysia adalah tidak sah dan terbatal sejak dahulu lagi.

Maka itu, atas sebab apakah lagi untuk Bangsa Negara Sabah meneruskan 'persekutuan' ini yang sebenarnya merupakan 'penjajahan' seperti mana yang diakui oleh pegawai-pegawai British yang jelas direkodkan didalam dokumen-dokumen mereka?

Wujud usaha untuk melakukan perjanjian malaysia baru yang mampu memenuhi aspirasi rakyat yang selama ini disajikan sejak tahun 1963 namun semua usaha itu gagal sepenuhnya.

Segala yang menjadi milik Sabah seperti mana yang tertera didalam 'perlembagaan' telah begitu mudah mereka langgar dan tidak mematuhinya sehingga sekarang, dan inikah persekutuan yang ingin anda selamatkan?

Tindakan pihak kami memilih untuk memerdekakan Negara Sabah untuk menjadi Negara Merdeka, Negara Republik Sabah Borneo Utara adalah disusuli dengan justifikasi yang kukuh malah jauh lebih kuat lagi berbanding dengan alasan perpisahan yang diberikan oleh Singapura.

Jangan salahkan pihak kami kerana perjuangan RSNB ini tidak akan wujud jikalau malaya tidak menindas, menganiaya dan menjajah secara sosial, ekonomi dan politik. Keputusan yang berat ini dilakukan apabila persefahaman dikecapi bersama selepas melalui perbincang demi perbincangan dilakukan dikalangan Sabahan yang terdiri daripada golongan berpendidikan, professional dan rakyat biasa.

Keputusan sudah dimuktamadkan.

Apa yang boleh menghalang perjuangan ini hanyalah rakyat Negara Sabah sendiri dan bukan malaya.

Atas sebab itulah RSNB telah melancarkan kempen kesedaran bagi memberikan kesedaran secara menyeluruh agar melalui pengetahuan ini, sokongan kuat akan diberikan bagi membolehkan proses perpisahan daripada persekutuan ini dilakukan secara aman dan demokrasi.

Adakah sekarang anda faham?


Sebarkan mesej ini.


Republic of Sabah North Borneo - RSNB


Ini adalah persoalan yang kerap dikemukakan oleh Sabahan

Ini jawapannya:

Perjuangan Kemerdekaan memerlukan kombinasi yang strategik untuk memastikan keberkesanan itu mencapai tahap yang efektif.

Berjuang didalam negara sangat kritikal dan ia merupakan tunjang kepada pergerakan diluar negara. Walau bagaimanapun, wujud kelemahan yang serius apabila perjuangan itu hanya berlandaskan kepada gerakan dalaman sahaja.

Ini kerana gerakan didalam negara senang disekat dan ditutup daripada liputan media antarabangsa. Ini sekaligus akan mematikan pergerakan yang membawa pembebasan daripada kesengsaraan penindasan sosial, ekonomi dan politik yang dilakukan oleh sang penjajah.

Gerakan diluar negara merupakan nadi untuk memastikan kelangsungan perjuangan didalam negara tidak akan terhenti.

Ini kerana gerakan diluar negara ini akan menjadi agen pemangkin dan perhubungan untuk membawa masyarakat antarabangsa untuk mengecam tindakan kerajaan sang penjajah.

Melalui perhubungan diplomasi yang diwujudkan dengan masyarakat antarabangsa, keberangkalian tekanan politik dikenakan keatas kerajaan penjajah ini akan mampu melemahkan pengaruh mereka diperingkat antarabangsa yang seterusnya membantu untuk menguatkan gerakan didalam negara.

Suntikan semangat dan bantuan teknikal dalam aspek mengurus tadbir organisasi, menyebarkan kebenaran, menyemarakkan kebangkitan rakyat dan bermacam-macam lagi adalah antara peranan penting yang dimainkan oleh gerakan diluar negara.

Kedua-dua gerakan didalam dan diluar negara ini adalah sangat penting dan saling bergantungan diantara satu sama lain.

Sekarang, adakah anda faham secara ringkas tentang mengapa gerakan diluar negara itu sangat penting, kritikal dan mustahak?

Sebarkan info ini.


Republic of Sabah North Borneo - RSNB


Jikalau anda ingin mengetahui kedudukan perjuangan RSNB, anda boleh membuat ramalan melalui gambar ini. 

Adakah RSNB masih berada di Fasa 1? Fasa 2? Fasa 3? Ideologi RSNB bukan sahaja memfokuskan kepada rakyat umum tetapi juga memfokuskan kepada kepimpinan parti-parti politik dan juga pemimpin-pemimpin yang berada didalam Kerajaan.

Jikalau RSNB mampu menyakinkan kepimpinan atasan yang telah membentuk Kerajaan pada masa kini ataupun pemimpin-pemimpin yang berada di barisan pembangkang, tidakkah ini telah membawa maksud bahawa perjuangan RSNB hanya tinggal selangkah lagi?

Bukankah strategi penyebaran Kesedaran seperti ini lagi bijak dan menjimatkan masa?

Proses kematangan kefahaman ini memerlukan masa. Pemimpin-pemimpin yang memperlihatkan kefahaman 'pro malaya' akan diturunkan pada PRU/PRN akan datang untuk digantikan kepada pemimpin-pemimpin yang Pro Sabahan.

Kejayaan kita mencapai Kemerdekaan sebenarnya bergantung sepenuhnya kepada 'Ketegasan dan Kesungguhan' kita semua. 

malaya tidak akan mampu menahan kebangkitan dan keinginan rakyat untuk Memerdekakan Negara. 

malaya sendiri telah membuktikan kebenaran kata-kata ini melalui usaha mereka memerdekakan tanah melayu daripada cengkaman penjajahan British.

Strategi yang digunakan adalah sama. 

Kita melakukan mengikut saluran perundangan yang sah secara aman, matang dan bertanggungjawab. 

Atas tuduhan apakah yang mampu mereka lemparkan kepada parti-parti politik yang memperjuangkan Kemerdekaan Negara jikalau desakan itu sendiri datangnya daripada Rakyat yang Berjiwa Merdeka dan Berdaualat ini?

Kita tidak membenci bangsa Malaya tetapi kita BENCI dan MENGECAM SEPENUHNYA PENGUASAAN POLITIK mereka dalam aspek POLITIK, EKONOMI dan SOSIAL yang telah membawa pengertian jelas, PENJAJAHAN. 

Ia dikuatkan lagi melalui penemuan bukti-bukti perjanjian malaysia yang jelasnya tidak sah dan terbatal kerana ia dilakukan secara tidak sah sejak daripada awalnya lagi.

Ada persoalan?

Mari kita berbincang secara terbuka.

Sebarkan mesej ini.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.