Latest Post


RSNB memfokuskan kepada memberikan kesedaran secara menyeluruh melalui pendidikan interaktif iaitu melalui perbincangan secara berkumpulan dengan berhemah dan professional.

Didalam Kumpulan Tertutup yang hanya akan dianggotai oleh ahl-ahli yang sah, setiap ahli RSNB akan berpeluang untuk mengetahui bagaimanakah corak pentadbiran Kerajaan Republik melalui unit-unit yang diwujudkan bagi tujuan perbincangan.

Unit-unit perbincangan adalah seperti berikut:
-Perlembagaan Negara Republic Sabah Borneo Utara
-Sistem Pentadbiran
-Ekonomi
-Pendidikan
-Kesihatan
-Pencukaian dan kewangan
-Hubungan Antarabangsa
-Keselamatan dan Pertahanan
-Pembangunan Infrastruktur awam
-Politik
-Isu-isu umum dan semasa

Dengan memahami kesemua unit-unit ini, anda akan mencapai kematangan fikiran yang membolehkan anda melihat bahawa Bangsa Negara Sabah sememangnya berkemampuan untuk memerintah Negara Republik Sabah Borneo Utara.

Anda juga akan mampu melihat apakah kekurangan kita selama ini dan apakah kelebihan selepas terbentuknya Negara Republik ini.

Penyertaan anda sebagai ahli rasmi tidak akan disia-siakan kerana setiap ahli memiliki misi tersendiri untuk dicapai bagi membolehkan perjuangan Kemerdekaan ini mencapai Tujuan, Objektif, Misi dan Visi yang telah ditetapkan.

Kita mampu lakukan dan kita BOLEH MELAKUKANNYA!

Klik link ini >>>Daftar Diri Menjadi Ahli RSNB<<< untuk mendaftarkan diri anda menjadi ahli RASMI RSNB!

Sebarkan mesej ini!

Jikalau kita Bangsa Negara Sabah tidak merancang perjalanan masa depan Negara kita, akan ada orang lain atau kuasa asing yang merancangnya.

TIDAK!

Kita tidak boleh sesekali membiarkan mereka merancang perjalanan kehidupan sosial, ekonomi dan politik kita!

Atas sebab kesedaran ini, dengan kematangan fikiran yang telah dicapai melalui pemilikan jiwa yang Merdeka dan Berdaulat, kita mesti bersedia untuk mengurus tadbir Kerajaan dan sumber khazanah alam semula jadi milik kita sepenuhnya!

Sertailah Perjuangan Kemerdekaan ini dan jadilah sebahagian daripada sejarah yang bersama-sama membentuk Negara Republik Sabah Borneo Utara!

Klik link dibawah ini untuk mendaftarkan diri anda secara rasmi.


Tidakkah anda telah mendengar Pukulan Gong Kebangkitan telah berbunyi yang menyeru anda semua untuk turut serta bangkit demi Kedaulatan dan Kemerdekaan Bangsa Negara Sabah!

Sebarkan mesej ini.


REPUBLIC OF SABAH NORTH BORNEO - RSNB

KENYATAAN RASMI

06 JULAI 2020

Pihak RSNB ingin memaklumkan secara umum bahawa Pengasas kepada NGO ini adalah Committee yang telah membentuk NGO ini melalui Mesyuarat Rasmi Pertama yang telah diluluskan dengan sebulat suara.

Ini membawa maksud bahawa Committee RSNB adalah Pengasas kepada Penubuhan NGO ini dan telah memberikan Amanah dan Tanggungjawab penuh kepada Mosses PA Ampang untuk memikul Kepimpinan Committee agar dapat menjayakan Tujuan, Objektif, Misi dan Visi yang telah ditetapkan dan dipersetujui.

Kenyataan ini dibuat bagi mencerahkan keadaan yang telah menimbulkan banyak tanda tanya.

Perjuangan RSNB ini bukan bertujuan untuk mengangkat mana-mana individu tetapi adalah untuk Mendaulatkan dan Memerdekakan Bangsa Negara Sabah mengikut strategi tersendiri, daripada penguasaan Kuasa asing iaitu malaya yang kini dikenali sebagai malaysia, yang telah menjajah Negara Sabah melalui satu perjanjian yang tidak sah, yang telah dimetrai di Kota London pada 9 Julai 1963 dalam keadaan status Negara Sabah (North Borneo) pada ketika itu yang masih lagi berstatuskan sebagai Tanah Jajahan yang tidak memiliki kapasiti untuk memetraikan apa-apa perjanjian antarabangsa.

Kenyataan ini disokong dengan fakta yang sahih, yang boleh dilihat sendiri melalui dokumen-dokumen Perjanjian yang telah dikongsikan melalui Page Republic of Sabah North Borneo – RSNB ini. 


Perjanjian malaysia merupakan perjanjian yang telah melancarkan secara rasmi ‘Neo-Colonialist Operation’ keatas Negara Sabah dan Negara Sarawak.

Dengan kefahaman ini, setelah melakukan penelitian, kajian, merujuk segala sumber yang sahih bagi menguatkan kefahaman, akhirnya tindakan untuk membebaskan Negara Sabah daripada Penjajahan akan dilakukan melalui NGO RSNB.

Perjuangan Kemerdekaan Negara Sabah yang diperjuangkan oleh RSNB tidak akan menafikan sebarang usaha mahupun bersaing dengan mana-mana NGO Nationalist. Malah, pihak RSNB berharap suatu masa, apabila saatnya telah tiba, kerjasama dapat diwujudkan.

Harap Maklum.

Terima Kasih.

Credits to How Africa
Perjuangan Kemerdekaan ini memerlukan anda semua untuk memiliki hati, mental, dan emosi yang sangat kuat untuk berhadapan dengan apa jua cabaran yang bakal datang dalam pelbagai bentuk.

Jangan takut mahupun gentar. 

Bertenang dan tabah.

Yakinlah bahawa perjuangan ini adalah benar dan tidak salah. 

Ia tidak menyalahi undang-undang kerana ia dilakukan mengikut saluran perundangan dan perlembagaan.

Segala fakta dan hujah disokong dengan bukti hitam putih.

Segala kenyataan yang bakal dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin tempatan mahupun malaya yang cuba mengecam perjuangan ini hanya akan menampakkan diri mereka sebagai 'barua malaya (Sabahan) dan penjajah (malaya)'.

Segala bukti sudah diberikan melalui dokumen-dokumen yang selama ini disembunyikan oleh malaya.

Jikalau berlaku ugutan daripada pihak polis, jangan sesekali mendiamkan perkara ini. 

Sila maklumkan dengan segera kepada pihak kami untuk tindakan lanjut.

Ikon Singa dijadikan lambang RSNB adalah kerana ingin pihak kami sampaikan mesej kepada umum bahawa perjuangan ini terdiri daripada Bangsa Negara Sabah yang memiliki kekuatan dan semangat seperti Singa.

Jadilah sebahagian daripada perjuangan ini untuk masa depan Generasi kita semua.

Mari kita wariskan harta yang paling bernilai kepada anak cucu-cicit kita melalui perjuangan ini iaitu Kuasa Kemerdekaan Penuh dan Negara Republik Sabah Borneo Utara!

MERDEKA BANGSA NEGARA SABAH!
DAULAT BANGSA NEGARA SABAH!
REPUBLIK SABAH BORNEO UTARA!



Keahlian ini hanya untuk Bangsa Negara Sabah yang PERCAYA, YAKIN dan MAHU MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA SEJARAH yang memperjuangkan KEMERDEKAAN NEGARA SABAH melalui RSNB.

Setelah permohonan anda diluluskan, nombor keahlian akan diberikan. Dengan nombor keahlian ini, pihak RSNB akan menjemput anda untuk menyertai Kumpulan Tertutup Facebook RSNB.

Melalui kumpulan tertutup ini, suai kenal akan dilakukan, dan informasi tentang bagaimana perjuangan ini mampu dijayakan akan dilakukan didalam kumpulan tertutup khas untuk ahli-ahli RSNB yang berdaftar sahaja.

Sesi perbincangan melalui Live Video juga akan dilakukan selari dengan keperluan perbincangan nanti.

Keahlian ini dibuka seawal umur 13 tahun dan keatas.

Jadi, anak-anak muda diluar sana, sertailah perjuangan ini kerana perjuangan Kemerdekaan ini adalah untuk dihadiahkan kepada anda semua.

Generasi Muda Negara Sabah yang berumur 20 tahun dan keatas, anda semua perlu memikul tanggungjawab bagi memastikan masa depan Bangsa Negara kita terjamin. Jaminan itu hanya mampu dicapai apabila kuasa politik Tanah Air Negara Sabah berada didalam genggaman Bangsa kita, iaitu Bangsa Negara Sabah.

Ini bermaksud, Kuasa Kedaulatan dan Kuasa Kemerdekaan bukan lagi dipegang oleh malaya tetapi dipegang oleh Bangsa kita yang bakal dikenali sebagai Bangsa Negara Republik Sabah Borneo Utara!

Sila klik ini untuk mendaftar >>>DAFTAR KEAHLIAN RSNB<<<

Victoria, June 30, 2020 – The Republic of Sabah North Borneo (RSNB) has officially announced the launch of its independence campaign, aiming to establish the Republic of Sabah North Borneo within a 10-year period. This Non-Governmental Organization (NGO), registered under the legislative jurisdiction of Victoria, Australia, on May 24, 2020, aims to educate, advocate, and serve as a driving force for politicians from local parties in Sabah and the Sabah State Government in their pursuit of Sabah's independence.

Mosses PA Ampang, who has been unanimously entrusted with the leadership of RSNB as the President, expressed gratitude for the support received from the RSNB Committee during the organization's inaugural meeting. Ampang emphasized the significance of RSNB's establishment, stating, "This is a crucial step towards realizing the aspirations of the people of Sabah for independence."

RSNB's Purpose, Objectives, Mission, and Vision were officially stated during the announcement, outlining the organization's goals. The purpose of the NGO is to educate and raise awareness among Sabahans about the misrepresented Malaysia agreement, while the objectives include disseminating awareness about the need for Sabah's independence and serving as an advocacy group for Sabahan politicians to lead the independence movement.

The mission of RSNB is to accelerate awareness regarding the necessity of supporting the independence of Sabah, which will lead to the establishment of the Republic of Sabah North Borneo. The vision is centered on a belief in Sabah's ability to become a free and responsible nation, capable of managing its resources and governing with justice, unity, and integrity.

The 10-year timeframe for achieving independence has been chosen to ensure thorough education and understanding among Sabahans, empowering them to liberate their state from Malayan colonial rule, now known as Malaysia. It also allows sufficient time to build a strong foundation for a smooth transition towards independence.

RSNB intends to conduct the independence campaign through two platforms: domestically and internationally. While internal movements are deemed critical, the organization recognizes the need for an international presence to garner global support and pressurize the colonial government of Malaysia. The diplomatic relationships established with the international community will contribute to raising awareness and strengthening the domestic movement.

Sabahans of all ages, ethnicities, genders, and social backgrounds are encouraged to join RSNB's cause. Ampang emphasized that the involvement of the younger generation is crucial for the movement's success, stating, "The youth of Sabah are the torchbearers of our future, and their active participation will shape the destiny of our beloved state."

RSNB plans to launch various programs in the near future and has opened registration for "Associate Membership." This inclusive membership opportunity allows all Sabahans supporting the independence of Sabah to play an integral role in the upcoming initiatives.

The announcement has sparked enthusiasm and hope among Sabahans, who see this as an opportunity to reclaim their cultural identity, manage their resources, and establish an independent nation. The 10-year timeframe represents a crucial period for Sabahans to mobilize and work towards their collective goal of independence.

As the independence campaign commences, RSNB calls upon all Sabahans to actively participate, contribute their ideas, and unite in the pursuit of Sabah's independence. The organization believes that the time has come for Sabah to rise and shape its own destiny as a proud and sovereign nation.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.