Latest Post

Melihat kepada Garis Masa (Timeline) ini, mungkin anda dapat melihat secara umum tentang status sebenar negara Sabah dan negara Sarawak. 

Pihak SSKM-SSU(UK) mengambil tahun 1946 sebagai permulaan kepada Garis Masa ini sebagai pendedahan sejarah tentang status kedudukan Negara Sabah dan Negara Sarawak adalah bertujuan untuk membuatkan anda semua faham. Ini juga kerana pada tahun tersebut jugalah negara Malaya wujud sebagai "Malayan Union" yang berstatus "Jajahan Makhota British ataupun Crown Colony of British" yang hanya mampu bertahan sehingga tahun 1948 sahaja sebelum ditukar status kepada "Tanah Naungan British ataupun Protectorate State of British".

Sebelum ini, semasa gambar Garis Masa ini dikongsikan, pihak kami mendapati seperti kurang perhatian diberikan. Apakah ia bermaksud bahawa rakyat negara Sabah dan rakyat negara Sarawak tidak mampu untuk memahami maksud didalam gambar ini? Jikalau itu yang menjadi penyebabnya, maka pihak kami akan berikan penerangan secara ringkas yang mudah difahami oleh anda semua.

TAHUN 1946-1948

JAJAHAN MAKHOTA BRITISH

Selepas Perang Dunia Kedua (WWII) berakhir pada tahun 1945, negara-negara yang berada dibawah pentadbiran British diletakkan dibawah Pentadbiran Ketenteraan British (British Military Administration - BMA) sementara untuk menunggu ketibaan pemerintahaan rasmi daripada British. Ia termasuklah Malaya (11 negeri), Negara Singapura, Negara North Borneo (kini dikenali sebagai negara Sabah) dan Negara Sarawak. Setelah beberapa bulan dibawah pentadbiran BMA, maka pentadbiran tersebut diserahkan kepada Kerajaan British. Penyerahan pentadbiran tersebut telah menyaksikan bahawa Negara North Borneo dan Negara Sarawak yang dahulunya berstatus "Naungan British ataupun Protectorate State of British" dibawah Pentadbiran British Borneo Chartered Company telah ditukarkan menjadi "Tanah Jajahan Makhota British ataupun Crown Colony of British".

11 buah negeri-negeri Tanah Melayu telah dipersekutukan menjadi satu Kesatuan yang dikenali sebagai Kesatuan Malaya ataupun Malayan Union. Seperti yang diperkatakan sebentar tadi, Malayan Union juga telah diberikan status Tanah Jajahan Makhota British ataupun Crown Colony of British. Namun, pada tahun 1948, setelah penentangan berlaku tanpa henti, akhirnya Malayan Union telah dibubarkan dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) dengan status dinaiktarafkan menjadi Tanah Naungan British ataupun Protectorate State of British. Dengan status ini juga, negara Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) telah melalui proses Berkerajaan Sendiri (Self-Government) sehingga pada tahun 1957 sebelum mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Manakala Negara North Borneo dan Negara Sarawak masih kekal dengan status Tanah Jajahan Makhota British yang ditadbir terus daripada Pejabat Tanah Jajahan di London. Semua kata putus adalah daripada British. Rakyat Negara North Borneo dan rakyat Negara Sarawak tidak mempunyai suara, perwakilan dalam kerajaan ataupun hak dalam menentukan masa depan negara mereka. Itulah keburukan yang dimiliki oleh mana-mana kerajaan yang berstatus "Tanah Jajahan Makhota".

Berbeza pula dengan negara Brunei, statusnya kekal sebagai "Tanah Naungan British ataupun Protectorate State of British" yang masih mempunyai kerajaan dan mempunyai hak untuk bersuara. 

Negara Burma pada waktu itu juga berada dibawah jajahan British dan belum mencapai kemerdekaannya. Burma mencapai kemerdekaannya pada tahun 1947 sekali bersama dengan Negara Sri Lanka yang pada waktu itu dikenali sebagai (Ceylon).

Indonesia dan Philippine pula pada tahun itu sudah mencapai Kemerdekaannya manakalah Thailand satu-satunya negara di Asia Tenggara yang tidak pernah dijajah oleh mana-mana negara Barat kerana kepintaran Raja mereka.

TAHUN 1957-1963

Pada Tahun 1957, Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) telah mencapai kemerdekaannya daripada British. Pada ketika itu, Negara North Borneo, Negara Sarawak dan Negara Singapura masih berada dibawah Jajahan Makhota British. Namun pada tahun 1959, Negara Singapura sudah mencapai status Berkerajaan Sendiri Sepenuhnya (Full Internal Self-Government). 

Namun, pada tahun 1963, atas dasar tipu muslihat yang didalangi oleh Malaya yang berusaha mempengaruhi keputusan British telah menyebabkan Negara North Borneo, Negara Sarawak dan Negara Singapura terpedaya untuk "membentuk Malaysia" yang kononnya pada 16 September 1963 itu merupakan tarikh dimana sebuah "Persekutuan Baru" dibentuk. Tetapi, hakikatnya tidak pernah ada sebuah Persekutuan Baru dibentuk pada 16 September 1963 di Asia Tenggara. Apa yang baru hanyalah nama Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) yang ditukar ganti menjadi "Malaysia". Perkara ini dapat disahkan melalui keterangan keahlian Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) di United Nations (UN).

Pada 16 September 1963, kononnya Negara Sabah, Negara Sarawak dan Negara Singapura diberikan kemerdekaan apabila terbentuknya "Malaysia" namun perkara itu sebenarnya tidak berlaku. Ini kerana "Kuasa Kedaulatan, Kuasa Pentadbiran, Kuasa Perundangan dan Kuasa Kehakiman" tidak diserahkan kepada Kerajaan Negara Sabah, Kerajaan Negara Sarawak dan Kerajaan Negara Singapura. Kuasa-kuasa tersebut telah dipindahkan daripada Ibu Pejabat Pentadbiran Tanah Jajahan British ke Ibu Pejabat Pentadbiran Malaya di Kuala Lumpur.

Kehadiran Perwakilan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Negara North Borneo (Sabah) dan Negara Sarawak adalah hanya untuk meninjau secara umum tanpa sebarang penelitian khusus mahupun memungut memorandum. Kedatangan mereka adalah untuk membuat penilaian mengikut Resolusi UN 1541. Kenyataan tersebut dinyatakan oleh U Thant, yang merupakan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam kesimpulannya hasil laporan daripada tinjauan perwakilan mereka. Beliau dengan tegas menjelaskan bahawa (dalam petikan)...

"...There was no reference to a referendum or plebiscite in the request which was addressed to me. I was asked to ascertain the wishes of the people 'within the context of General Assembly resolution 1541 (xv), principle ix of the annex, by a fresh approach' which in my opinion was necessary 'to ensure complete compliance with the principle of Self-Determination within the requirements embodied in principle ix', taking into consideration certain questions relating to the recent elections. The mission accordingly arranged for consultations with the population through the elected representatives of the people, leaders of political parties and other groups and organisations, and with all person who were willing to express their views, and every effort was made to ascertain the wishes of the special groups (political detainees and absentees) mentioned in the Manila joint statement. The mission gathered and studied all available documents, reports and other material on the governmental institutions, political organisation, electoral process in the two territories, and other matters relevant to its term of reference..."

Report of UN mission to Malaysia: inward telegram OCULAR 1441 Sir P Dean to Lord Home, forwarding the text of U Thant's final conclusions.

Dalam erti kata lain, ketika membentuk "Malaysia", Negara Sabah dan Negara Sarawak sebenarnya masih lagi berstatus "Tanah Jajahan". Walau bagaimanapun, Negara Sabah dan Negara Sarawak sungguh bernasib baik kerana sebelum 16 September 1963, status Negara North Borneo (31 Ogos 1963) dan Negara Sarawak (22 Julai 1963) sudah mencapai status "Berkerajaan Sendiri (Self-Government)" dan pada 16 September 1963, ia telah mencapai Berkerajaan Sendiri Sepenuhnya (Full Internal Self-Government) setelah Jawatan Yang Dipertua Negara dan Governor dipegang oleh rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak.

Hujah dan kenyataan pihak SSKM-SSU(UK) ini dapat disokong melalui beberapa bukti. Antaranya ialah;
  1. Akbar Lama yang merekod kenyataan Donald Stephen, Stephen Kalong Ningkan dan Lee Kuan Yew.
  2. Kenyataan British
  3. Kenyataan UN
Bukti-bukti ini akan dikeluarkan pada artikel seterusnya nanti.

TAHUN 1965

Namun, setelah Malaysia dibentuk pada 16 September 1963, malaya dengan bersungguh-sungguh telah memulakan rentak penindasannya untuk mengganggu pentadbiran rakan-rakannya. Ia dimulai dengan Negara Singapura. Kerajaan Malaya yang telah dikenali sebagai Kerajaan Persekutuan Malaysia selepas 16 September 1963 telah cuba untuk mencampuri urusan pentadbiran Negara Singapura dengan memaksa Kerajaan Negara Singapura untuk tunduk kepada arahan mereka. Keadaan menjadi tegang apabila Kerajaan Negara Singapura dibawah kepimpinan Perdana Menteri mereka, Lee Kuan Yew menentang campur tangan Kerajaan Malaya kerana ia boleh ditafsirkan sebagai perlanggaran kefahaman asas pembentukan Malaysia yang telah dipersetujui sebelum ini. Perkara ini berlarutan sehingga pada 7 Ogos 1965, ia telah membawa kepada perpisahan dan Tunku Abdul Rahman telah mengistiharkan secara rasmi perpisahan tersebut pada 9 Ogos 1965. 

Antara punca-punca yang membawa kepada perpisahan Negara Singapura daripada Malaysia adalah seperti berikut:
  1. Disagreement over Common Market (Percanggahan Pendapat tentang Pasaran Bersama)
  2. Different Treatment of Races (Perbezaan Layanan Kaum)
  3. "Malaysian Malaysia Campaign" (Kempen Malaysian Malaysia)
  4. Different Political Ideology (Perbezaan Ideologi Politik)
  5. Political Rivalry between PAP and Alliance Party (Persaingan Politik antara PAP dan Parti Perikatan - kini dikenali sebagai Barisan Nasional).
Hanya 5 Faktor utama sahaja yang membawa kepada Perpisahan ini. Bagaimana pula dengan Negara Sabah dan Negara Sarawak? Pihak kami sangat yakin bahawa terdapat lebih daripada 5 faktor yang akan menjustifikasikan sebab-sebab apa yang membolehkan perpisahan Negara Sabah dan Negara Sarawak dilakukan. Perkara ini akan diulaskan dengan lebih panjang dan teliti pada artikel seterusnya nanti.

Setelah berpisah, Negara Singapura telah menjadi Republik Negara Singapura dan menjadi ahli anggota ASEAN dan PBB. Negara Singapura telah menjadi setaraf dengan Malaysia hasil jelmaan Malaya. Manakala Negara Sabah dan Negara Sarawak pula masih kekal menjadi jajahan Malaya yang bertopengkan Malaysia. Penghinaan itu dapat dirasai apabila status Negara Sabah dan Negara Sarawak telah menjadi 'negeri' dan setaraf dengan negeri-negeri di Malaya yang sebenarnya hanya berstatus 'Daerah' sahaja di Negara Sabah dan Negara Sarawak. 

Negara Singapura juga telah berjaya mengembalikan kedudukannya untuk setaraf dengan negara-negara di ASEAN dan DUNIA manakala kedudukan Negara Sabah dan Negara Sarawak masih sedang menanti untuk kembali ke kedudukan asal. Atas sebab itu gambar Garis Masa memperlihatkan kekosongan pada nombor 3 dan 4 bagi menyampaikan mesej bahawa Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak MESTI berusaha untuk mengembalikan maruah dan darjat bangsa Borneo ini. Kita mesti keluar daripada kepompong penjajahan yang hina, jijik dan kotor ini. Langkah awal yang perlu dilakukan ialah dengan menyingkirkan dakyah dan ideologi politik malaya! Itu adalah tugas Pertama yang perlu dilakukan. Tolak sokongan terhadap parti-parti malaya yang berleluasa di Bumi Borneo ini.

TAHUN 1984

Pada tahun 1984 pula, negara Brunei telah mencapai status Merdeka dan bebas daripada jajahan British secara rasmi. Manakala Negara Sabah dan Negara Sarawak masih lagi berada dibawah regim jajahan malaya sehingga kini.

Masa depan Negara Sabah dan Negara Sarawak kini terletak ditangan Generasi-Generasi Muda. Ini kerana kepimpinan baru bakal mengubah landskap politik Borneo dan Malaya. Sentimen untuk menyokong Parti-parti tempatan kini kian mendapat tempat dan semangat Nasionalisme dan Patriotisme semakin dapat dihayati, difahami dan diserap oleh semua rakyat Negara Sabah dan Negara Sarawak. Kepimpinan Malaya kini dilihat sebagai Parasit yang menumpang hasil kekayaan Borneo untuk terus hidup. Hati Bangsa Borneo kini sudah semakin keras dan kental untuk tidak lagi memberi peluang dan ruang untuk penindasan dan penjajahan ini berterusan kerana jikalau itu berlaku, masa depan generasi bangsa Borneo di Negara Sabah dan Negara Sarawak akan terus malap.
Pada tahun bilakah Negara Sabah dan Negara Sarawak akan mencapai Kemerdekaan sebenar?

Ia terpulang kepada tahap kesedaran dan keberanian rakyat negara Sabah dan rakyat negara Sarawak. Kemerdekaan ini tidak akan dapat dicapai selagi tiada PERPADUAN kerana ia adalah SYARAT ASAS untuk berjaya. Untuk mencapai Perpadauan ini, ia mestilah ditonjolkan melalui Sokongan Politik Tempatan. Ini kerana perjuangan ini sememangnya melibatkan kuasa politik.

Sekarang adakah anda sudah faham? Jikalau ya, sila sebarkan artikel ini bersama sekali dengan gambar Garis Masa agar kefahaman itu jelas difahami oleh semua rakyat Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak.

The movement for self determination has taken 10 years to accomplish Sabah people's victories. Through mobilization of mass movements, to building Forums, to policy advocacy & lobby etc; Sabah peoples can take note of these accomplishments and celebrate them in 2020. While the peoples struggles continue, the future is yet to be defined on how the movement will expand in the international stage. What are the key battles ahead? What are the victories we want to see beyond 2020?


The Philippine claim to the territory of North Borneo, or as it is now called, Sabah, is not of recent origin. Rather it is based on an older claim to the area by the Sultans of Sulu. But the Sulu claim itself is suspect.

A look at the background of the status of North Borneo is therefore essential to understanding the nature of the dispute.

Alfred Dent was the son of Thomas Dent of Dent and Company, the great commercial house of Hong kong and had himself been connected with the firm in Hong kong for years before removing to London.

Austrian Baron Gustav von Overbeck had served as Austrian Consul in Hong kong.

In January I878 Sultan Mohammed Jamalul Alam, granted a portion of North Borneo, which he claimed, to an international syndicate headed by Dent and Overbeck.

A few weeks before this grant was made, in December I877, the Sultan of Brunei had ceded North Borneo, including the whole of the area claimed by Sulu, to von Overbeck and Dent.

Although recognized as sovereign over the Sulu Archipelago it is not at all certain that the Sulu Sultans held sovereignty over any part of North Borneo.

What is clear is that they never held de facto control there. Until I878, power along the coast of Northeast Borneo was in the hands of pirates, mainly the Illanun and Balagnini but including some Sulus. Because of the problems with piracy and attacks on coastal villages, most natives moved far inland, up the rivers or across the mountain ranges for safety.

It is the nature of the grant of territory and the use of the word "pajak" in the agreement signed between Dent and Overbeck and the Sultan of Sulu that was the basis of contention even till today as a basis of the present Philippine claim on Sabah.

The matter goes back to the translation of "cede" and "lease" which, at the time, was done via interpreters who may have not used the correct terms when helping to pen and translate the agreements. What is obvious is, in the minds of Dent and Overbeck and to the British Government later in the late 1800s, the Sultans of Sulu and Brunei had both ceeded control over North Borneo to the North Borneo Company.

The Sulu's did not make any claims over North Borneo till 1939, so over 50 years had passed before the Sulu's decided to make a claim for North Borneo under the ancestors who came afterwards.

But, they also chose to ignore two subsequent agreements signed in the late 1800s between Spain and Britain and then the Madrid Protocol which the Sultan of Sulu signed and re-affirmed that he had indeed ceeded North Borneo and a number of islands to the British. This was clearly written in this agreement. This is the basis for which the Philippine government have chosen to ignore (deliberately) the agreement signed that re-confirmed there was no more confusion as to who owned North Borneo.

When von Overbeck arrived in Sandakan in I878, the first villages were found sixty miles up the rivers (Telupid). Those few communities which remained along the coast were primarily supply bases for the pirate fleets.

The northwest coast from Marudu Bay to Brunei town was relatively free from pirate raids after the destruction of the Illanun fortified town of Tempasuk in I869 by British gunboats.

Chiefs of this coast looked to Brunei in a vague way as overlord. Several rivers on this coast were under the control of independent local chiefs or datos who, when convenient, recognized the Sultan of Brunei as their leader, and they, as his vassals.

As in 1877, the Brunei Sultanate then still believed and maintained that the territory of North Borneo was in fact still under the control of the Brunei Sultanate.

Baron de Overbeck was appointed as the Maharaja Sabah, Rajah Gaya and Sandakan in a treaty which was signed by Sultan Abdul Momin of Brunei on 29 December 1877.

Baron de Overbeck was also appointed as Dato Bendahara and Raja Sandakan in a second treaty signed by Sultan Jamalalulazam of Sulu appointing Baron de Overbeck on 22 January 1878.

Dent bought out von Overbeck and organized the British North Borneo Company. Under a charter from the British crown, the company administered North Borneo until 1946 when it became a crown colony.


References:

1-Historical Notes of the North Borneo Dispute-Aaron Leigh

2-CHARTER granted to the British North Borneo Company, Westminster, November 1st, 1881. (Document from British Archives)

3-BRITISH NORTH BORNEO, 1885. PROTOCOL OF 1885. (Document from British Archives)

Dear Sir,

There simply is no truth in your assertion that the Philippines has any sort of claim on North Borneo or Sabah. Kindly read the below:

Madrid Protocols

As attested to by the International Court of Justice, the Sultan of Sulu relinquished the sovereign rights over all his possessions in favour of Spain, based on the "Bases of Peace and Capitulation" signed by the Sultan of Sulu and the crown of Spain in Jolo on 22 July 1878.(11) (12) (13) (14) (15)
The Sultan stayed on as ruler in protectorate status.(16)

In 1885, Great Britain, Germany, and Spain signed the Madrid Protocol to cement Spanish influence over the islands of the Philippines. In the same agreement, Spain relinquished all claims to North Borneo which had belonged to the Sultanate in the past in favour of Great Britain.(17)

The Spanish Government renounces, as far as regards the British Government, all claims of sovereignty over the territories of the continent of Borneo, which belong, or which have belonged in the past to the Sultan of Sulu (Jolo), and which comprise the neighbouring islands of Balambangan, Banguey, and Malawali, as well as all those comprised within a zone of three maritime leagues from the coast, and which form part of the territories administered by the Company styled the "British North Borneo Company".

— as stated in "Article III, Madrid Protocol of 1885"

The Vienna Convention on the Law of Treaties defines a treaty as "an international agreement concluded between States in written form and governed by international law, whether embodied in a single instrument or in two or more related instruments and whatever its particular designation." (1)

Treaties can be referred to by a number of different names: international conventions, international agreements, covenants, final acts, charters, memorandums of understandings (MOUs), protocols, pacts, accords, and constitutions for international organizations. Usually these different names have no legal significance in international law (see next section for the difference in U.S. law). Treaties may be bilateral (two parties) or multilateral (between several parties) and a treaty is usually only binding on the parties to the agreement. An agreement "enters into force" when the terms for entry into force as specified in the agreement are met. Bilateral treaties usually enter into force when both parties agree to be bound as of a certain date.(1)

In 1761, The East India Company concluded a treaty with the Sultan of Sulu. The following year, an English Fleet, under Admiral Drake and Sir William Daper captured Manila, the Capital of Spanish colony of the Philippines. They found in confinement there a Sultan of Sulu who, in gratitude for his release, ceded to the company, on the 12th September 1762, the island of Balambangan, and in January of the following year, Mr.Dalrymple was deputed to take possession of it and hoist the British flag.

Towards the close of 1763, the Sultan of Sulu added to his cession the northern portion of Borneo and the Southern half of Palawan, together with all the intermediate islands.

Against all these cession, the Spanish entered their protest. Spanish claimed the suzerainty over the Sulu Archipelago and the Sulu Dependencies in Borneo and the islands. This claim the Spaniards always persisted in, until on the 7th March 1885, a Protocol was entered into by England, Germany and Spain whereby Spanish supremacy over the Sulu Archipelago was recognised on condition of their abandoning all claims to the portions of the Northern Borneo which are now included in the British North Borneo Company's  Concessions.

I will also explain to you what you obviously do not understand about the agreement signed between the British and the Sultan of Sulu and Sultan of Brunei that allowed the North Borneo Company to take over North Borneo.

The 1878 agreement was written in the Jawi script, in which the following pargraph is stated: 

".....sudah kuredhai pajakan dengan keredhaan dan kesukaan kita sendiri kepada tuan Gustavus Baron von Overbeck yang tinggal dalam negeri Hong Kong dan kepada Alfred Dent Esquire yang tinggal dalam negeri London... sampai selama-lamanya sekalian perintah dan kuasa yang kita punya yang takluk kepada kita di tanah besar Pulau Borneo dari Sungai Pandasan di sebelah barat sampai sepanjang semua tanah di pantai sebelah timur sejauh Sungai Sibuku di sebelah selatan. (2)

The keyword in the agreement is the "ambiguous" term "pajakan," a malay word. However, the British used the interpretation of the word was "grant and cede". (3) (4) (5) (6)

It CAN be argued "pajakan" means "mortgage" or "pawn" or even "wholesale" and not so much "lease" as per the contemporary meaning of "pajakan" in Sulu and Malay, which essentially means that the land is pawned in perpetuity for the annual cession money, and the sultanate would need to repay the ENTIRE infinite value of the territory to redeem it back if the British ever agreed to even sell it back to them. There is no further details on what those terms are or would be if the Sultan of Sulu ever wanted to purchase back his claim on North Borneo in the agreement and this agreement is considered by historians as akin to a "sale and purchase agreement" of land. (7) (8)

Furthermore, the term "selama-lama" which means "forever" or "in perpetuity" indicate a binding effect beyond the lifetime of the then Sultan and that the supposed territory is now considered SOLD which rules out any claims of a mortgage or even a time lease for the territory to have ever been leased in the first place.

The ambiguity led to the different interpretation of the original Malay text, as shown in two versions below:

British version

"...hereby grant and cede of our own free and sovereign will to Gustavus Baron de Overbeck of Hong Kong and Alfred Dent Esquire of London...and assigns for ever and in perpetuity all the rights and powers belonging to us over all the territories and lands being tritutary to us on the mainland of the island of Borneo commencing from the Pandassan River on the north-west coast and extending along the whole east coast as far as the Sibuco River in the south..."(3)

Sulu version

"..do hereby lease of our own freewill and satisfaction to...all the territories and lands being tributary to [us] together with their heirs, associates, successors and assigns forever and until the end of time, all rights and powers which we possess over all territories and lads tributary to us on the mainland of the Island of Borneo, commencing from the Pandassan River on the west coast to Maludu Bay, and extending along the whole east coast as far as Sibuco River on the south..."(9)

Throughout the British administration of North Borneo, the British government continued to make the annual "cession money" payment to the Sultan and its heir and these payments were expressly shown in the receipts as "cession money". (10)

 In a 1961 conference in London, during which a Philippine and British panel met to discuss on the Philippine claim of North Borneo, the British panel informed the Congressman Salonga that the wording of the receipts has not been challenged by the Sultan or its heir. (10)

Avtar Þórr Singh (Sejarah North Borneo/ Sabah Moderator)
So, now looking at the greater scheme of things, what exactly are you claiming? There simply is no claim the Philippines can   ever make on North Borneo nor Sabah. Whatever "rights" both parties think they have on Sabah ended when the Sultan of Sulu gave away North Borneo not ONCE, not TWICE but THREE TIMES in 3 different agreements or treaties signed. 

Who gave the western powers the right to do as they pleased in North Borneo? Very simple. Both the Sultan of Brunei and Sultan of Sulu did by signing the agreements they did which ENDED any further claims they may have had on North Borneo in the future.

I hope this EXTENSIVE explanation ends this issue once and for all.

Thank you. References are below for you to read for further clarification and understanding.


References:

(1)-Duke University.
Source: https://law.duke.edu/ilrt/treaties_2.htm

(2)-Hamdan Aziz (2016). "Tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah: Soroton dari Perspektif Sejarah dan Perundangan (The Claim Over Sabah by the Sultanate of Sulu: A Revision from Historical and Legal Perspective)" (PDF). Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu (in Malay). 9: 284–285 – via Dewan Bahasa dan Pustaka.

(3)- British Government (1878). "British North Borneo Treaties. (British North Borneo, 1878)" (PDF). Sabah State Government (State Attorney-General's Chambers). Archived from the original (PDF) on 13 September 2015. 

(4)-Najeeb Mitry Saleeby (1908). The History of Sulu. Ethnological Survey for Philippine Islands (Illustrated ed.). Bureau of Printing, Harvard University. pp. 225–233. OCLC 3550427. 

(5)-Maxwell, Willian George & Gibson, Willian Summer (1998). Treaties and Engagements Affecting the Malay States and Borneo. J. Truscott & Son, Limited. p. 205.

(6)- "1878 Grant of Lease by the Sultan of Sulu to Britain: Profession Conklin Translation vis a vis Maxwell and Gibson Translation". Official Gazette of the Republic of the Philippines. 

(7)-Mohamed Ariff (1991). The Muslim Private Sector in Southeast Asia: Islam and the Economic Development of Southeast Asia. Institute of Southeast Asian Studies. pp. 30–. ISBN 978-981-3016-09-5.

(8)-K.J. Allison (1979). "English Pilipino Sama Sibutu', BASIC VOCABULARY" (PDF). SUMMER INSTITUTE OF LINGUISTICS-Philippines, Inc., TRANSLATORS. p. 59.

(9)-"Translation by Professor Conklin of the Deed of 1878 in Arabic characters found by Mr. Quintero in Washington (Philippine Claim to North Borneo)". Official Gazette of the Republic of the Philippines
(10)- "Philippine Claim to North Borneo, Volume 2". Bureau of Printing. 1967. 

(11)-International Court of Justice (2003). Summaries of Judgments, Advisory Opinions, and Orders of the International Court of Justice, 1997-2002. United Nations Publications. pp. 268–. ISBN 978-92-1-133541-5.

(12)-"Protocol between Spain and Sulu confirming the Bases of Peace and Capitulation etc., signed at Jolo". Oxford Historical Treaties. 22 July 1878

(13)-Case Concerning of Sovereignty of Pulau Ligitan and Pulau Sipadan (Indonesia/Malaysia) [Memorial of Malaysia]" (PDF). International Court of Justice. 2 November 1999.

(14)-Raymond Tombung (8 March 2013). "Sabah claim: A tale of two versions". Free Malaysia Today. Archived from the original on 3 October 2016.

(15)-The last treaty between the Sultanate of Sulu and Spain, the Treaty of July 1878". Kahimyang. 21 July 2013. 

(16)-British Government (1885). "British North Borneo Treaties. (British North Borneo, 1885)" (PDF). Sabah State Government (State Attorney-General's Chambers). Archived from the original (PDF) on 29 October 2013

Pihak Republic of Sabah North Borneo -RSNB ingin memberikan kenyataan rasmi terhadap tindakan pemimpin-pemimpin tempatan termasuk Kerajaan Negara Sabah yang telah memperlihatkan usaha untuk menyesatkan dan memperbodohkan rakyat Negara Sabah tentang 'Hari Kebangsaan Malaysia' pada 31 Ogos bulan ini.

Hari Kemerdekaan Malaya dan kini dipanggil Hari Kemerdekaan/Kebangsaan Malaysia?

Tindakan pihak Kerajaan Negara Sabah yang telah mempromosikan 'Hari Kebangsaan Malaysia' pada 31 Ogos ini adalah sebenarnya bertujuan untuk mengaburi mata dan akal kewarasan rakyat Negara Sabah.

Perubahan 'sebutan' daripada 'Hari Kemerdekaan Malaysia' kepada 'Hari Kebangsaan Malaysia' yang merujuk kepada 'Hari' yang mana 'Persekutuan Tanah Melayu ataupun Malaya' memperolehi Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 adalah untuk mengelakkan ia daripada 'diboikot' oleh rakyat Borneo.

 Ini adalah kerana tarikh tersebut TIDAK mempunyai signifikan ataupun kepentingan sejarah kepada rakyat dikedua-dua kepulauan Borneo. Ini juga disebabkan pada waktu Malaya mencapai Kemerdekaannya, Negara Sabah (North Borneo) dan Negara Sarawak masih lagi menjadi Tanah Jajahan British.

Apakah sebenarnya justifikasi ataupun alasan yang menghalalkan perbuatan terkutuk ini?

Mentaliti Terjajah

Setelah 57 tahun Negara Sabah dan Negara Sarawak 'membentuk Malaysia', corak dan daya pemikiran rakyat Negara Sabah dan Negara Sarawak telah 'dimalayanisasikan ataupun dimalaysianisasikan' dengan objektif untuk melemahkan, melunturkan, menghapuskan identiti serta budaya yang unik dan istimewa, yang jelas sungguh jauh berbeza dengan orang-orang di Tanah Melayu. Dengan memiliki mentaliti yang terjajah, ia akan membuatkan rakyat di wilayah yang terjajah ini tertunduk dan mengakui kekuasaan kedaulatan sang penjajah keatas diri mereka! Kesannya, ini menyebabkan rakyat yang terjajah tidak mempunyai kekuatan, semangat dan keberanian untuk bangkit menegakkan hak-hak mereka yang dirampas dan dirobek melalui penguasaan kuasa politik di tanah tumpah darah mereka.

Menyembunyikan Kebenaran

Pemimpin-pemimpin Negara Sabah dan Negara Sarawak dahulunya bersetuju untuk 'membentuk sebuah Negara Baru yang dinamakan Malaysia' yang dianggotai oleh EMPAT buah Negara. Malangnya, lain yang dipinta, lain yang diberikan. Usaha untuk menyembunyikan penipuan akhirnya terbongkar apabila informasi tentang pembentukan Malaysia sebenarnya adalah bertujuan untuk 'meluaskan Tanah Melayu sehingga ke Tanah Borneo'. Rekod di Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) membuktikan bahawa Malaysia itu adalah 'Nama Baru' bagi Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ataupun Federation of Malaya. Ia BUKAN SEBUAH NEGARA BARU TETAPI ADALAH NEGARA MALAYA YANG TELAH MENJENAMAKAN DIRI MEREKA!

Penghinaan Bangsa

Tindakan mengibarkan bendera Malaya ataupun Malaysia di Negara Sabah dan Negara Sarawak terutama sekali pada 'Hari Kemerdekaan Malaya/Malaysia sebenarnya adalah merupakan satu PENGHINAAN PENUH kepada rakyat Borneo. Malaya yang kini dikenali sebagai Malaysia telah MENJAJAH anda dan dengan penuh kegembiraan anda telah mengibarkannya? Hasil ekonomi dan kuasa politik anda dipegang oleh sang PENJAJAH dan anda BERSYUKUR?!

Pembangunan ekonomi 'dilembabkan' melalui 'dasar kabotaj' sehingga kos hidup di Negara Sabah dan Negara Sarawak tinggi sehingga mencekik leher dan anda BERSYUKUR?!

Hasil sumber Gas dan Petroleum yang ada di Negara Sabah dan Negara Sarawak untuk dinikmati oleh rakyat tempatan tetapi dikuasai oleh Malaya/Malaysia dan hanya diberikan 'secebis tinggalan keuntungan' anda BERSYUKUR?!

Sedarlah Wahai Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak

Sebenarnya kita mempunyai kemampuan dan jauh lebih baik untuk mentadbir Negara sendiri. Kita memiliki segala-galanya namun kekurangan yang wujud pada masa ini ialah pemilikan Kuasa Kedaulatan, Kuasa Perundangan yang membawa pengertian kepada Kuasa Kemerdekaan telah diikat oleh rantai kuasa penjajahan Malaya atas nama Malaysia. Kunci kepada penyelesaian ini adalah melalui penguasaan Kuasa Politik yang MESTI dipegang sepenuhnya oleh Rakyat Tempatan yang Pro Sabahan and Pro Sarawakian sahaja, yang akan mampu memutuskan rantai kesengsaraan, penghinaan dan penjajahan ini.

 Kemampuan kita untuk meramalkan masa depan Negara Sabah dan Negara Sarawak dalam tempoh 10, 50 ataupun 100 tahun daripada sekarang semuanya bergantung kepada tindakan yang kita ambil pada hari ini.

"Tiada masa untuk berdiam kerana masanya telah tiba. Tiada erti untuk berputus asa kerana ini baru bermula. Kuatkanlah hatimu tempuhi cabaran, kita perlu bersatu hati. Perjuangan ini, bebaskan negara dari kuasa peluntur bangsa!"

Yang Benar,

Republic of Sabah North Borneo - RSNB

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.